BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...
Assalamualaikum kepada yang mentafsir dan membaca di dalam blog ini..
moga rahmat ALLAh sentiasa bersama kalian semua..insyaallah..
emm.tajuk diatass bunyi macam pelik je kan..hehe..
maybe post kali ini ada post yang terakhir sebelum penulis menghadapi SPM..
moga ALLAH mempermudahkan nya..insyaallah..
emm..
ingin penulis memberikan sedikit ape yang telah penulis alami berdasarkan pembacaan penulis..insyaallah..
emm..
"ANGGAP SEMUA DOSA ITU ADALAH BESAR..AGAR RAHMAT-NYA MEMAYUNGI KITA"
ITU lah ia..
dosa yang dilakukan secara terus menerus akan menyeronokkan sang nafsu yang mana misinya serta perjuangannya "sentiasa mengajak kepada kejahatan". Tanpa pagar iman,siang malam manusia rebah dalam pangkuan dosa, lalu akhirnya,tanpa sedar dosa itu terus menimbun...
keasyikan dibuai dosa2 itu menjadikan si pelakunya memandang remeh akan dosa kecil dan noda yang bersarang di dalam hatinya. Apabila situasi sampai ketahap ini, ia sepatutnya dan sewajarnya berasa takut dan bimbang kerana 'ombak' kemusnahan akan menerjah dirinya dari segenap penjuru...
sesungguhnya, semakin kecil dan ringan dosa pada pandangan dan fikiran manusia,maka ia akan semakin membesar di sisi ALLAH..kenapa dan mengapa manusia merasakan dosa2 sebagai kecil dan remeh sahaja...??
jawapannya..kerana impak dosa itu sendiri..
YA..satu dosa yang tidak di tangisi atau di insafi ia akan menumbuhkan pula tangkai2 dosa yang lain..
Manusia juga boleh jadi memandang remeh terhadap dosanya kerana berpunca dari faktor imannya yang malap dan gelap di jiwa...lampu imannya ibarat kehabisan minyak didalam jiwa nya itu semakin menyukarkan perjalannya menuju kepada ALLAH..Lampu hidayah itu,apabila terlepas dari genggaman, akan menjadikan dirinya hilang arah dan panduan umpama belayar di lautan tanpa menggunakan kompas dan rujukan bintang di langit..untuk menuju ke destinasinya..
Segala persepsinya bercampur baur dan bersimpang siur.
A di katakan B, BUJUR dikatakan BULAT, HITAM di katakan PUTIH, BAHKAN...dosa dikatakan sebagai pahala..!!
rentetan itu, soal dosa dan pahala bukan lagi isu besar baginya. saat itu nafsu serah kalah yang menjadi jurucakapnya manakala syaitan pula terus dalam kondisi selesa dalam menjadi mentornya..
inilah yang sering dibimbangi para mukmin dan solehin..pada mereka, kelazatan dan keseronokan dosa bila2 masa boleh menjdaikan pandangan seseorang gelap terhadap ketuhanan, kebenaran, kemuliaan,pembalasan dan keabadian. kebimbangan mukmin itu ada kebenaran dan alasanya. ALLAH adalah tuhan yang maha membolak-balikkan hati sesiapa dan bila2 masa pun,sudah berapa banyak ahli ibadah [yang terpadam cahaya keimanan dan ketakwaan serta hidayanya di dalam jiwa] terlungkup dan tersungkur akhirnya setelah diasak bertubi-tubi oleh gandingan nafsu dan syaitan...?? itu adalah kesudahan perjalan bagi sesetengah ahli ibadah yang hebat2..bagaimana dengan kalian semua..???
Inilah yang cuba di gambarka oleh RASULULLAH dalam sepotong hadis yang di nukilkan oleh ibn mas'ud r.a...yang bermaksud..
"orang mukmin memandang dosanya seolah-olah sebuah gunung yang di bimbanginya akan menghempap keatas dirinya..,manakala orang yang fajir pula memandang dosa tidak lebih dari seekor lalat yang hinggap diatas hidungnya sahaja,lalu ditepisnya begitu,begini, lalu lalat itu pun terbang..."
[RIWAYAT BUKHARI]
TUNTASNYA...
yang sewajarnya, hendaklah kita memandang dan beranggapan bahawa apa yang di katakan dosa itu ,semuanya besar belaka di sisi ALLAH . dengan itu , rahmat dan perlindungan ALLAH di harapkan sentiasa memayungi kita..AMIN..
MUNGKIN itu sahaja dari penulis yang lemah ini..
yang baik dari ALLAH..
yang buruk dari penulis yang lemah ini..
P/s; doakan penulis dan rakan seangkatan dalam menghadapi SPM 09..moga ALLAH memudahkannya..dan penulis memohon maaf andai selama post2 penulis agak pelik..harap di maafi..
Tuesday, October 6, 2009
maybe the last...
Labels:
dosa+spm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
owh..wat takot org je..ingt nk stop blogging...bukan pelik la.tp a bit menakutkan..sowie..tp 2 komen ikhlas dr ati ini..hahahha!ayat skema batak..sory 2 u to..
haha..ayat kene la skema..never to stop bloog..hoho..
Post a Comment