bismillahhirrahmannirrahim..
ASsalamualaikum kepada yang mentafsir dan membaca di blog ini..moga rahmat
ALLAH sentiasa bersama..emm..seperti yang penulis perkatakan pada post yang lepas mungkin tiada yang
latest post..tp bila penulis memikirkan kembali..benda yang baik tidak harus di
simpan kan..???jadi penulis mengambil keputusan untuk memberikan benda atau perkara yang
bermanfaat kepada kalian..insyaallah.."berikanlah manfaat kepada orang lain..walau dengan sepotong
ayat.."[kata-kata yang pelik dari penulis]
emm..post kali ini..
"BINALAH IMAN AGAR SEJAHTERA DARIPADA DOSA"
iman adalah satu nikmat ALLAH yang bersifat serba guna. Kerana itulah ia menjadi anugerah ALLAH yang paling termahal buat insan yang di kasihinya. Selain menjadi sebab terselamat dari azab ALLAH di akhirat , iman juga menjadi benteng ampuh bagi seorang muslim daripada terjebak melakukan dosa2 kepada ALLAH dan sesama manusia..
tanpa iman, berbagai-bagai kerosakan dan kemusnahan akan berlaku dalam kehidupan manusia di duniaini, lebih2 lagi di akhirat sana. Menyisihkan diri daripada suluhan iman dan hidayah akan menjadikan diri kita akan terdedah kepada segala macam anasir kejahatan dan dosa..
di riwayatkan daripada ABU HURAIRAH r.a...katanya...
"seorang penzina tidak akan berzina jika ketika berada dalam keimanan. seorang pencuri tidak akan mencuri jika ketika itu dia berada dalam keimanan iaitu iman yang sempurna. begitu juga seorang peminum arak tidak akan minum arak jika ketika itu dia berada di dalam keimanan..."
[riwayat bukhari dan muslim]
let we analyse..
berzina , minum arak dan mencuri semuanya tergolong di dalam kategori dosa-dosa besar yang di taja oleh iblis dan syaitan..
Tanpa benteng iman yang kuat dan kukuh serta akidah yang mantap, seseorang itu akan mudah terarah melakukan dosa2 besar, khasnya tiga dosa besar utama yang di sebut di dalam hadis di atas..tanpa iman, seseorang itu akan tergamak untuk melakukan larangan ALLAH tanpa ada rasa takut dan segan silu lagi..seseorang yang berani melakukannya iaitu dosa2 besar..menunjukkan bahawa dadanya benar2 dilanda kemarau iman..
mungkin ada saki baki keimanan di dalam jiwa. namun kerana iman itu tersangatlah lemah dan merosot grafnya , maka ia tidak terdaya untuk berhadapan runtutan nafsu syahwatnya yang bertali arus.. ia akan cepat mengalah dan akhirnya tunduk dengan mudah kepada pujukan syaitan yang sentiasa ke arah kejahatan..
emm..
orang yang beriman dan bertakwa, insyaallah tidak akan termakan pujukan syaitan yang sentiasa menyerunya untuk melakukan larangan ALLAH dan meninggalkan suruhan ALLAH..
orang yang beriman tidak akan terlibat di dalam gejala sosial yang boleh merosakkan maruah diri , keluarga dan agama.. dengan kemuliaan dan barakah imannya itu..ia akan terpelihara dari melakukan perbuatan yang terkeji dan mungkar..
Alangkah indah dan baik andai pendidikan iman dipasakkan dengan sesungguhnya ke dalam jiwa anak2 dari usia remaja mereka..inilah penawar rabbaniah yang kita lupa dan kita sisihkan..kita lebih yakin yang wang ringgit dan kepandaian kita boleh menyelesaikan semua masalah. sebagai hamba yang tersangat lemah ini serta di tambah lagi dengan kejahilan..kita bersikap bodoh sombong dengan ALLAH SWT...
LALU..bertubi-tubi dan bertimpa-timpa 'az-zillah[kehinaan] menjerebukan landskap kehidupan kita.baik rohani mahupun jasmani..
tidakkah ibu bapa dan guru2 serta seluruh masyarakat amat pening dan sakit jiwa dengan percambahan gejala sosial yang kian bejat ini..dan krisis nilai moral yang semakin hari semakin parah persis kanser yang bakal membunuh jati diri ummah..??
paparan dan sajian media saban hari kepada kita membuatkan kita naik jelak mendengarnya..tetapi, itulah rentetan kesan atau natijah akibat kita mengabaikan faktor keimanan dan akidah di dalam setiap aspek kehidupan kita..
Justeru..marilah sama2 kita berusaha dan bersungguh-sungguh memupuk dan membina iman di dalam jiwa agar sejahtera daripada dosa dan noda. Iman kita wajib di mantapkan serta di kemaskinikan dari masa ke semasa ke arah yang lebih mantap..ia sangat penting untuk tindakan kita bersama,,kerana,,nafsu dan syaitan tidak pernah untuk berehat daripada menjerat anak adam ke dalam perangkapnya..
Para ulama' menasihatkan bahawa usah sesekali berhasrat dan bercita-cita untuk melakukan dosa..kerna ia akan memusnahkan serta melenyapkan langsung saki baki iman yang ada di dlam jiwa..
seandainya terdetik niat untuk melakukan dosa..khasnya dosa2 besar..maka segera lah beristighfar kepada ALLAH dan mohonlah perlindungan daripada ALLAH...ambillah wuduk, berzikir dan bacalah al-quran..dapat nasihat daripada guru yang soleh serta dekatkan diri dengan teman-teman yang dapat membawa kita menuju syurga ALLAH dan BUKANYA teman yang membawa kita ke neraka ALLAH...
TUNTASNYA..
koreksi diri ini..dekatkanlah diri kita dengan majlis,program atau aktiviti yang boleh menyuburkan dan membina iman kita..bukannya majlis,program atau aktiviti yang membuatkan iman kita melayang sejauh-jauhnya..
ayuh..
binalah iman..agar sejahtera hidup kalian ..
waallahua'lam..
yang baik dari ALLAH..
yang buruk dari diri penulis ini..
Friday, October 9, 2009
binalah ia..
Labels:
binalah ia..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment