Thursday, January 28, 2010

ayuh fikirkan..

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...



Assalamualaikum kepada kalian yang mentafsir dan membaca di blog yang udah penuh bersesawang ini..

emm.. sudah lama rasanya penulis sudah tidak menaip di laman ini..rindu rasanya untuk menaip kembali...
penulis kurang berkesempatan untuk menaip di ruangan ini lantaran kesibukan yang melanda bagaikan garuda yang datang memberikan kuasanya yang mampu menggegarkan segalanya..emm..tapi kini ..alhamdulillah ALLAH telah memberikan kesempatan untuk penulis menaip di sini..

emm..tidak banyak untuk di perkatakan untuk 'entry' kali ini..cuma sekadar renungan untuk kita bersama yang bergelar hambanya yang lemah lagi hina ini..


 kesan akibat maksiat..itulah entry kali ini..moga ia dapat membuatkn kita mampu bermuhasabah selalu..




emm..
maksiat lawannya adalah taat..kedua-duanya ,hanya ALLAH yang  tahu,,
maksiat ada kesanya..taat turut ada kesannya yang tersendiri.....
ketaatan menjadi suatu yang manis bagi yang melakukannya,,manakala maksiat adalah suatu kelazatan bagi mereka yang ingkar..

sesungguhnya maksiat dan pengaruhnya sangat membahayakan  insan di dunia dan akhirat..manakala,mukmin pula sentiasa berhati2 dalam kehidupan seharianya agar tidak terperangkap  dalam kemaksiatan..

kemaksiatan akan menyebabkan implikasi nya,,




kesukaran mendapatkan ilmu...itu adalah implikasi nya,,,
ilmu adalah sinar yang di letakkan ALLAH ke dalam hati..sedangkan maksiat memadamkan sinar tersebut..
pernah imam malik menasihatkan imam syafie yang belajar denganya..


"saya melihat ALLAH telah meletakkan sinar dalam hatimu..jangan engkau padamkan dengan kegelapan maksiat.."


imam syafie turut pernah mengeluh..beliau mengadu kepada waki' nya..hafalannya jelek..lantas waki' nya menasihatinya agar meninggalkan maksiat..

sambung waki' nya..

"ketahuilah bahawa ilmu itu adalah anugerah, dan ALLAH tidak berikan kepada pelaku maksiat.."



selain itu..,


susah  untuk mendapat rezeki merupakan salah satu implikasi maksiat..

lantas...

"sesungguhnya seorang hamba tidak mendapatkan rezeki lantaran dosa yang di lakukannya..."


sememangnya jelas bahawa taqwa kepada ALLAH mendapatkan rezeki..kerna orang yang beriman akan di permudah akan urusannya dan di berikan rezeki kepadanya dari arah yang ia tidak sangka kan..selain itu..mereka yang kufur dan engkar..padah yang membelenggu dirinya..



then...the next implication will be..


banyak mendapat kesulitan..
mereka yang engkar ini akan lebih banyak mendapat kesukaran dan kesulitan  dalam urusan hariannya..lantas akan menyebabkan kebuntuan dan penyelesaian yang serba kesulitan..


selain itu..kerisauan dan kesepian di hati bakal bertandang bagi mereka yang engkar..
hati yang melakukan maksiat tidak ada keseimbangan  dan keterkaitan yang di rasai sebagai nikmat..malah yang terbit dari hatinya hanyalah kegelisahan dan kesepian..sekiranya kenikmatan dunia di sisinya tidak dapat akan mampu untuk mengimbangi keresahan tersebut..

tidak ada yang lebih pahit  dalam hati nya daripada kerisauan kerana kesepian atau kerterasingan antara dirinya dengan orang lain...
jika hati yang terasa terasing itu banyak melakukan kemaksiatan..dia akan lebih mendekati kelompok syaitan dan jauh dari kelompok yang dekat dengan ALLAH..


IMPLIKASI seterusnya..maksiat mampu melemahkan hati dan badan..

orang mukmin ITU  kekuatannya terletak pada hati..bilamana hatinya kuat , badannya menjadi kuat..sedangkan orang yang banyak melakukan maksiat,walau badannya kuat,,namun hatinya paling lemah..bayangkan kekuatan badan orang2 parsi dan rom dapat di hancurkan dengan kekuatan hati insan yang taat dan kuat imannya kepada ALLAH...


itulah sahaja dari penulis untuk entry kali ini..

tuntasnya..
moga hati ini sering taat dengan perintah- NYA,,
moga hidayah tidak putus bertandang..
dan sentiasa suburkan iman kita..sesubur tanaman di ladang..


wallahu'alam..

yang baik hanya daripada ALLAH sahaja..
yang buruk dan kurang itu dari penulis yang merupakan manusia yang kurang kesempurnaannya..

No comments:

laman sesawang

Blogger templates