Saturday, January 30, 2010

imaginasi terlampau..


CERITA DI BAWAH ADALAH IMAGINASI PENULIS KETIKA INI..

BERKISAR MENGENAI AZIM DAN,,,,,,,,





"aku betul-betul tak paham macam mana lori aku boleh terbabas macam nie.."
"yang aku ingat..masa tengah memandu tadi..tiba-tiba satu bayangan muncul dalam benak aku...
bayangan yang cukup aku kenal.."


...."tapi apa dia..??
"kenapa aku tak dapat nak kenal uh..
ahhhhh...menyusahkan betul la..!!!!!!!!!!


aduh..habislah aku kena maki dengan bos besok..
dah barang habis rosak teruk..
gara-gara kemalangan tadi la.."


TAPI.......



"apsal aku tak tercedera walau sedikit pun...??





arghh......"bayangan tu..!!
masuk nie dah empat kali berturut-turut "DIA" datang..
yang lainnya kali ni..
"DIA" tak munncul dalam mimpi macam sebelum-sebelum nie..





KENAPA AKU...KENAPA AKU....KENAPA KAU NAK GANGGU HIDUP AKU......ARGHHHHHHHHHHH...!!!



KEESOKKAN HARINYA...


"AKU TAK GILA...!!

sabar encik azim..saya tak kata encik gila..
saya cuma kata encik azim mengalami tekanan perasaan je..

tekanan perasaan tu bukan gile ke hah..
aku tak tipu..takkan lah aku bleh terselamat dari eksiden yang teruk macam tu.. 



kalau tak percaya..saya akan buktikan...
biar aku terjun dari tingkap nie..
kau tengoklah..


!!!!!!!!!!


ENCIK AZIM....nanti..!!







HAH...terapung..???
apa dah jadi nie...
takkan lah...








........
arghh.....
terangnya...
kat mana aku nie.....


TIK..TIK...TIK..
HEI..
jangan takut...
kau adalah aku dan begitu sebaliknya..
kita adalah saudara..
masanya sudah hampir tiba untuk bersama yang lain menuntut kembali bumi daripada manusia yang tidak bertanggungjawab itu...

takkanlah kau tak sedar azim..
lepas kematian ibumu..kaulah satu-satunya waris puak anuel yang wujud di bumi ini..
sebab itulah kami sedaya upaya selamatkan kau dari kematian supaya kami dapat kembali ke bumi...





TAKKKANLAH....???



23 JUTA tahun dahulu,penempatan bumi diduduki oleh puak anuel dan manusia..untuk mengatasi kesesakkan yang kian mejadi..salah satu puak harus berpindah ke tempat lain..
ketika itu puak manusia berjanji tidak akan menodai bumi..tp kini..lihatlah..hayat bumi kian sampai ke penghujungnya..

puak anuel berhijrah ke karla..planet ke 20 sistem suria..
begitupun..puak anuel meninggalkan nenek moyang kau azim dan keturunannya sebagai pengintip..




emm..manusia bijak berhelah..kononnya bumi akan aman jika dinosaour di bawa pergi bersama..
kami puak anuel hanya ikut sahaja demi bumi tercinta


tapi kini..manusia memang cuai..
bumi menjadi mangsa mereka...
perang,perang dan perang sehingga habis alam dicabuli..





23 juta haun sudah berlalu dan setelah puas menuggu perubahan..jelas kini bahawa adalah lebih baik kita mengambil alih tampuk pemerintahan di bumi..

lagipun..puak anuel dan manusia telah membuat persetujuan..
bumi akan bertukar penjaga setiap 23 juta tahun..


selain daripada mengintip..
kau azim merupakan jambatan buat puak anuel ke sini..
kerana itulah kami harus elakkan kau dari kematian...



!!!!!!!!!!!!!!...


sambutlah tanganku ini..kita..!!
kita akan kembali ke bumi...




..........
apa aku dah buat nie..??
ah..dah datang..








(di tengah kota raya...!!!)


"apa tu..!!!!"
ghuuuuuuuuuuuu...ghuuuuuuuu...


HAHAHAHAHAHA....akhirnya bumi menjadi milik puak anuel semula..
hahahahaha..ahahahaa..


terima kasih azim...
kerana kau..bumi tidak akan terseksa lagi...
hahaha...









THE END'S.

Thursday, January 28, 2010

ayuh fikirkan..

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...



Assalamualaikum kepada kalian yang mentafsir dan membaca di blog yang udah penuh bersesawang ini..

emm.. sudah lama rasanya penulis sudah tidak menaip di laman ini..rindu rasanya untuk menaip kembali...
penulis kurang berkesempatan untuk menaip di ruangan ini lantaran kesibukan yang melanda bagaikan garuda yang datang memberikan kuasanya yang mampu menggegarkan segalanya..emm..tapi kini ..alhamdulillah ALLAH telah memberikan kesempatan untuk penulis menaip di sini..

emm..tidak banyak untuk di perkatakan untuk 'entry' kali ini..cuma sekadar renungan untuk kita bersama yang bergelar hambanya yang lemah lagi hina ini..


 kesan akibat maksiat..itulah entry kali ini..moga ia dapat membuatkn kita mampu bermuhasabah selalu..




emm..
maksiat lawannya adalah taat..kedua-duanya ,hanya ALLAH yang  tahu,,
maksiat ada kesanya..taat turut ada kesannya yang tersendiri.....
ketaatan menjadi suatu yang manis bagi yang melakukannya,,manakala maksiat adalah suatu kelazatan bagi mereka yang ingkar..

sesungguhnya maksiat dan pengaruhnya sangat membahayakan  insan di dunia dan akhirat..manakala,mukmin pula sentiasa berhati2 dalam kehidupan seharianya agar tidak terperangkap  dalam kemaksiatan..

kemaksiatan akan menyebabkan implikasi nya,,




kesukaran mendapatkan ilmu...itu adalah implikasi nya,,,
ilmu adalah sinar yang di letakkan ALLAH ke dalam hati..sedangkan maksiat memadamkan sinar tersebut..
pernah imam malik menasihatkan imam syafie yang belajar denganya..


"saya melihat ALLAH telah meletakkan sinar dalam hatimu..jangan engkau padamkan dengan kegelapan maksiat.."


imam syafie turut pernah mengeluh..beliau mengadu kepada waki' nya..hafalannya jelek..lantas waki' nya menasihatinya agar meninggalkan maksiat..

sambung waki' nya..

"ketahuilah bahawa ilmu itu adalah anugerah, dan ALLAH tidak berikan kepada pelaku maksiat.."



selain itu..,


susah  untuk mendapat rezeki merupakan salah satu implikasi maksiat..

lantas...

"sesungguhnya seorang hamba tidak mendapatkan rezeki lantaran dosa yang di lakukannya..."


sememangnya jelas bahawa taqwa kepada ALLAH mendapatkan rezeki..kerna orang yang beriman akan di permudah akan urusannya dan di berikan rezeki kepadanya dari arah yang ia tidak sangka kan..selain itu..mereka yang kufur dan engkar..padah yang membelenggu dirinya..



then...the next implication will be..


banyak mendapat kesulitan..
mereka yang engkar ini akan lebih banyak mendapat kesukaran dan kesulitan  dalam urusan hariannya..lantas akan menyebabkan kebuntuan dan penyelesaian yang serba kesulitan..


selain itu..kerisauan dan kesepian di hati bakal bertandang bagi mereka yang engkar..
hati yang melakukan maksiat tidak ada keseimbangan  dan keterkaitan yang di rasai sebagai nikmat..malah yang terbit dari hatinya hanyalah kegelisahan dan kesepian..sekiranya kenikmatan dunia di sisinya tidak dapat akan mampu untuk mengimbangi keresahan tersebut..

tidak ada yang lebih pahit  dalam hati nya daripada kerisauan kerana kesepian atau kerterasingan antara dirinya dengan orang lain...
jika hati yang terasa terasing itu banyak melakukan kemaksiatan..dia akan lebih mendekati kelompok syaitan dan jauh dari kelompok yang dekat dengan ALLAH..


IMPLIKASI seterusnya..maksiat mampu melemahkan hati dan badan..

orang mukmin ITU  kekuatannya terletak pada hati..bilamana hatinya kuat , badannya menjadi kuat..sedangkan orang yang banyak melakukan maksiat,walau badannya kuat,,namun hatinya paling lemah..bayangkan kekuatan badan orang2 parsi dan rom dapat di hancurkan dengan kekuatan hati insan yang taat dan kuat imannya kepada ALLAH...


itulah sahaja dari penulis untuk entry kali ini..

tuntasnya..
moga hati ini sering taat dengan perintah- NYA,,
moga hidayah tidak putus bertandang..
dan sentiasa suburkan iman kita..sesubur tanaman di ladang..


wallahu'alam..

yang baik hanya daripada ALLAH sahaja..
yang buruk dan kurang itu dari penulis yang merupakan manusia yang kurang kesempurnaannya..

Saturday, January 16, 2010

alhamdulillah..

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM..

Assalamulaikum kepada semua..

emm,,,entry kali tidak banyak penulis mahu bicarakan..just hanya sekadar mengupdate blog yang kian penuh dengan sesawang yang entah dari mana arah dan arusnye..

emm..alhamdulillah..
penulis baru sahaja selesai menjadi facilator untuk program bagi remaja..
emm..seronok rasanya melihat mereka yang masih lagi minat untuk menghadiri program sebegini rupa..

menghadiri program yang mampu membentuk peribadi remaja yang mantap serta kreatif dan mampu menghadapi cabaran pada masa akan datang..

emm..
tertarik untuk penulis berkongsi..
sekumpulan ahli yang ratanya..adalah berumur 13 tahun,,
ape yang menariknya..
walau berlainan sekolah dan pandangan..tetapi..
ukhuwah antara mereka dapat di lihat..berbanding dengan kumpulan lain..
lantas membuatkan penulis berasa gembira..
jika dari berumur 13 sudah mempunyai nilai ukhuwah yang mantap..nescaya hasil dari itu akan berkekalan sampai akhirnya..

tapi..yang kumpulan berumur agak kelihatan dingin terhadap dengan yang muda..
emm kenape ya..??
mungkin kerna egonya..

tapi itulah..
ukhuwah yang mantap..walau bertemu sekejap dan hanya sebentar..akan membuatkan ia akan lebih bertahan lame..




nota kaki..
-menaip dalam keadaan penat..
-no idea to story to others..just this post///


wallahua'lam...

laman sesawang

Blogger templates