Thursday, December 3, 2009

jom suburkan ia..


BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM..

Assalamualaikum kepada para pembaca yang mentafsir dan mentelaah di blog
ini..

emm..sudah lama rasanya penulis tidak 'post' something..

tp alhamdulillah..dalam masa terluang penulis inilah penulis
menggunakannya untuk memberikan sedikit perkongsian untuk kita YANG BERGELAR
HAMBA-NYA..

emm..

tak banyak penulis ingin membicarakan..tetapi penulis agak
terkesima dengan dunia hari ini di mana..manusia kian hilang arah tujuannya
dan
manusia lupa kepada 3 persoalan utama yang wajib di fikirkan dari
semasa
ke
semasa..

PERSOALANNYA..

1-dari mana datang..??

2-kenapa kita di datangkan..??

3-ke mana kita akan pergi..

itulah persoalannya..emm..bila di lihat kembali kepada titik tolak
asas permasalahan setiap gejala sosial yang berlaku dalam kalangan remaja
adalah
kerna mempunyai IMAN yang lemah dan tidak di suburkan..

emm..

iman bersifat bertambah(ada) ataupun berkurang(lenyap) daripada
hati seseorang menurut amalan yang dilakukannya..

andai kata kita sering melakukan kebaikan..maka imannya semakin
hari akan meningkat dan subur di jiwanya..namun,andai dosa yang sering di
lakukannya tanpa disusuli taubat, maka imannya semakin hari akan semakin
berkurangan bahkan akan dibimbangi akan lenyap daripada jiwa..

adalah satu malapetaka besar andai ALLAH mencabut iman daripada
hati-hati manusia..bayangkan seseorang yang direnggut nyawa saat imannya
tercabut..???

iman adalah harta yang paling berharga..jadi kita seharusnya
menjaganya seperti kita menjaga harta yang kita perolehi di dunia ini
seperti
kereta ,rumah dan sebagainya..bahkan ia wajib di jaga campur di
pelihara dari
segala unsur yang boleh merosakkannya..

kerana itu..

orang2 yang benar2 beriman tersangat bimbang andai iman mereka
berkurangan dan merosot..mereka sangat sayangkan iman mereka..lantas mereka
sangat fokus dan berjuang habis habisan mengadai nyawa untuk
mempertahankanya..

sebaliknya..

orang2 yang fasik tidak pernah memikirkan soal ini..baginya..halal
haram, dosa pahala,iman kufur adalah sama sahaja dari kaca mata pandangan
mereka..

penting untuk kita mengetahui bahawa iman itu,selain boleh
berkurangan..ia juga boleh melayang dan tercabut keluar dengan sebab
berlakunya
dosa-dosa tertentu..

contohnya dosa berzina dan minum arak..rasulullah bersabda..

"barang siapa yang berzina atau minum arak,maka ALLAH akan
mencabut iman daripada hatinya..sebagaimana orang melepaskan (mencabut)
pakaian
melalui kepalanya.."

(riwayat al-hakim)

llihatlah..

betapa sia-sia usaha seseorang yang jahil dan sombong kepada
ALLAH..saki baki imannya yang masih ada,bukan sahaja tidak disuburkan malah
dibiarkan lenyap begitu sahaja..kita sudah tidak cukup masa untuk hidup
sebegini
rupa..

sepatutnya..kita sepatutnya suburkan iman secara berterusan supaya
iman kita tidak tercabut dan melayang daripada jiwa kita//

ayuh kalian..bangkit suburkan iman kalian secara
berterusan..suburkan ia sesubur tanaman hijau seperti gambar diatas..

emm..

itu sahaja dari penulis..

yang baik daripada ALLAH..

yang buruk daripada diri penulis ini..

wallahu'alam..

3 comments:

'abdurrahman™ said...

kenapa abang penulis tak mahu tazkirah ini kepada kami dahulu di sekolah? kami mahu!

naim said...

manpal..baru sekarang hati ini tergerak la..sory bebanyak.. :)

nik a faiz said...

allah yubaariku fik...

laman sesawang

Blogger templates