Saturday, October 9, 2010

update: think...but do not worry



Bismillahhirahamnnirrahim...

Alhamdulillah..setelah sekian lame tidak mengupdate ruangan ini..akhirnya ALLAH telah mempermudahkan penulis untuk mengemaskinikan ruangan yang telah berbulan-bulan sepi tanpa perkhabaran. sekilas pandang setelah membuka ruangan penulis ini membuatkan penulis terkesima sebentar kerana telah banyk perubahan dan benda baru di "dashboard" profile blog ini..tetapi..itulah yang bagus..kerna perubahan adalah satu perkara yang baik..lebih2 lagi satu perubahan yang banyak manfaatnya..

emm..tidak banyak yang hendak penulis bicara kan..cuma hendak menyentuh berkenaan tajuk entry kali ini..

"THINK..
BUT DO NOT WORRY.."


Dalam kehidupan ini..banyak perkerjaan yang kita lakukan..banyak juga yang kita rancangkan..dan semua itu ada dalam genggaman kita. rancang dan berkerjalah dengan apa yang ada di tangan. jangan bimbang akan hal2 yang tidak menentu dalam angan-angan.

yang berada di dalam tangan kita itu adalah yang realiti dan yang sebenar, manakala yang angan-angan itu masih samar-samar atau dalam erti kata lain "blur" or it is not clear yet.
lantas, kita tidak mungkin hidup dalam dua dunia yang samar iaitu, masa lampau yang kini menjadi moment2 dalam kehidupan ini dan masa hadapan yang masih menjadi ilusi pemikirnya.

Hidup hakiki ialah hari ini. itulah realiti..


"BERADALAH DI TEMPAT KAMU BERADA"


itulah kata2 yang di tancapkan oleh bijak pandai. that is mean, do not run away from the reality. life and be here on this day. don't worry about tommorow and also don't worry about yesterday.

dalam meniti kehidupan, rancang dan susunlah  jadual harian serta ikutlah rencana yang di rangcang dengan tenang.

life can be defined as " membaca lembaran demi lembaran dari sebuah buku yang amat tebal. jangan takut atau gerun melihat buku yang tebal itu, atau hilang minat untuk membacanya atau juga terlalu gelojoh, hingga membaca buku itu secara terloncat2 tanpa urutan muka surat.

bacalah buku itu dari muka surat yang pertama hingga ke akhirnya.

Begitulah juga dalam soal " membaca" kehidupan ini. inilah rahsia ketenangan jiwa sahabat2 rasulullah, mereka adalah individu yang tidak berangan-angan tetapi menggunakan sepenuhnya kesempatan yang ada dan yang tersedia di tangan. Mereka hidup tanpa ada rasa gundah dan tidak tenteram dengan apa yang terjadi semalam dan tidak pula bimbang dengan apa yang bakal terjadi pada hari mendatang.

Generasi ini tidak terdera oleh percubaan melihat masa hadapan dengan teropong angan-angan yang serba kabur kalau melihat melaluinya. Mereka adalah insan yang produktif dan sikap  yang di bentuk dengan penghayatan mereka terhadap pesanan yang di sampaikan Rasulullah...

"....Jika kamu berpagi2..jangan menunggu ke waktu petang.."



Hidup adalah satu pusingan perubahan yang tidak henti-henti berpusing. Hukum alam (sunnatullah) menetapkan bahawa yang tidak berubah hanyalah perubahan. lantaran itu.. adalah satu kerja gila jika kita hendakmenyelesaikan  "masalah" masa hadapan yang hakikatnya  belum lagi terjadi dan berlaku.

Jangan pula kita cuba mengambil tempat "tuhan" untuk mengawal semua perubahan kerana yang mampu mengawalnya adalah ALLAH yang tidak berubah-ubah. Inilah mengapa rahsia QADA' dan QADAR ALLAH di rahsiakan dari pengetahuan manusia. Lantaran itu, manusia boleh hidup tanpa di ganggu  walau sedikit pun pengetahuan tentang masa hadapan.

ayuh fikirkan ini...

"....dapatkah seseorang yang sihat itu makan dengan kesedapan dan penuh kenikmatan jika dia mengetahui bahawa dia akan mati pada keesokan harinya..?

lantaran itu , manusia boleh hidup dengan tenang dan aman tanpa mengetahui tentang masa hadapannya.


" Masa lalu adalah kelmarin yang telah lalu dan mati, masa hadapan adalah esok yang belum lagi lahir...tetapi..selamatkanlah hari ini yang sedang hidup.."

seorang manusia walau sekuat manapun dia, tidak akan mampu menanggung penderitaan masa lalu , lalu di campur dengan beban kebimbangan masa hadapan, dan di pikul dengan beban dan masalah pada hari ini.

tiga beban pada satu masa boleh menyebabkan seorang bijak pandai masuk ke hospital mental akibat sakit otak. LIFE MADE IT SIMPLE..

emm..mungkin anda akan bertanya, kalau begitu salahlah kalau kita merancang untuk masa hadapan..sudah tentu tidak..

"....pendek angan-angan bukan bererti tidak bersedia untuk hari esok.."

Fikirkan hari esok tetapi jangan khuatir. banyak bezanya antara khuatir dan fikir..mungkin banyak juga bezanya antara angan-angan dan cita-cita. siapa yang khuatir tentang hari esok akan mensia-siakan peluang yang ada pada hari ini. sebaliknya, sessiapa yang berfikir mengenai hari esok, akan memanfaatkan peluang pada hari ini.

bersangka baik lah kalian, dan teruskan kerja .

Robert Louis Stevenson ( pakar psikologi ) berkata :.... "sesiapa sahaja boleh membuat kerjanya, walau bagaimana beratpun,untuk satu hari. sesiapa sahaja boleh hidup dengan riang, penuh kesabaran, kasih sayang,bersih, sehingga matahari jatuh.."


tuntasnya...
jangan di fikir akan semalam..kerna semalam telah berlalu..ambillah tauladan dan hikmah dari semalam..jangan pula di bimbangkan akan masa hadapan..kerana masa hadapan masih lagi kabur dalam kaca mata seorang manusia..manusia yang bijak adalah manusia yang memanfaatkan hari ini dengan kebaikan dan manfaat untuk orang lain..serta mengambil peluang pada hari ini..bukan semalam dan masa hadapan..orang yang bijak juga akan berfikir pada hari ini..demi masa hadapannya..usahlah khuatir...


"..THINK..BUT DON'T WORRY.."


emm..itulah untuk entry kali ini..moga ia membawa kebaikan buat yang membacanya..
maaf andai ada tersalah dan terkurang dalam coretan ini..

yang baik semuanya dari ALLAH..yang kurang dan buruk itu adalah datang dri diri penulis yang lemah ini..

waallahualam~~










1 comment:

nik.faiz said...

alhamdulillah..akhirnya muncul sahabat sejati ana ni di kamar ini..
sungguh bermakna kata2mu itu duhai teman..dan bersyukur ana dah mula bertambah satu lagi blog..ziarah dan komenlah idea2 bernas tau..
>www.sinaranpujangga.blogspot.com

laman sesawang

Blogger templates