Wednesday, October 13, 2010

succeed or fail is your choice..



Bismillahhirrahmannirrahim...

Assalamualaikum kepada yang mentafsir di ruangan yang masih penuh dengan kekurangan ini..moga ruangan ini mampu memberikan manfaatnya kepada yang mentafsir di ruangan ini..

alhamdulillah..praise to ALLAH because give the opportunities to the writer to give a little sharing for the benefit of ummah..
not much that the writer wants to share for this entry..just want to share something that maybe can give some benefit to others...

emm..penulis ada terbace sebuah article dan penulis ingin berkongsikan bersama kalian yang membaca dan mentafsir di ruangan ini..


"SUCCEED OR FAIL IS YOU CHOICE"

semua orang mengimpikan saat-saat kejayaan dan kecemerlangan. prestasi dan pencapaian pada masa akan datang di tentukan dengan tindakan anda pada masa sekarang, bukannya di pengaruhi oleh kejayaan atau kegagalan anda pada masa lampau.

yang berlalu biarkan ia berlalu, yang penting anda memberikan penumpuan kepada hari muka. walau apapun pencapaian dan kegagalan anda pada masa lampau , anda masih boleh membaikinya pada masa akan datang dengan syarat anda kena bersungguh2 bermulai dari titik tolak sekarang juga.

untuk menjadi cemerlang, kita perlu menukar ideologi,pandangan dan pemikiran kita. kita perlu yakin bahawa ALLAH telah menciptakan kita sebaik-baik kejadian.

lantas.. 

renungkan ini..

"sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam
bentuk yang sebaik-baiknya.."
(al-tiin: 4)

that's mean, ALLAH telah menjadikan manusia siap sedia untuk menjadi cemerlang, cuma kita tidak berupaya untuk menyerlahkan kecemerlangan kita.

kecemerlangan akan tercipta apabila manusia biasa seperti kita semua yang datang dari keluarga yang biasa ,dengan kecerdasan yang biasa dan yang berada di mana-mana sahaja di atas muka bumi ALLAH ini berusaha dengan sceara luar biasa.

untuk mencapai akan kecemerlangan , kita hendaklah mengambarkan kecemerlangan kita itu terlebih dahulu di dalam minda yang ALLAH kurniakan. kita tidak akan dapat mencapai apa yang tidak pernah kita gambarkan di dalam minda kita. kawal tindakan dan ransangan kendiri(self-motivation) kita agar dapat membentuk dorongan yang tinggi kepada kita.

selain dari itu, kita harus FOKUS fikiran kita terhadap tugas seharian dan matlamat yang ingin dicapai dalam menuju kecemerlangan kita. fikiran tidak boleh bercabang-cabang dengan aktiviti dan masalah lain yang mampu membantutkan fokus fikiran kita dan matlamat yang asal.

selain itu, harus di ingat, kesusahan yang di alami kerana susah payah berusaha untuk berjaya hanya sekejap sahaja. Apabila hasilnya terserlah, kita akan senang seumur hidup. kejayaan tidak akan datang bergolek dengan mudah.

dalam berdepan dengan kesusahan yang di alami, paksa diri anda , bukan dengan manjakan diri . orang yang memanjakan dirinya akan bertindak mengikut emosi dan perasaan semata-mata. semua kerja yang susah akan di tinggalkannya dan rela membuat kerja yang ringan dan mudah serta berbentuk hiburan sahaja.

adat alam menyatakan semua perkara memang susah pada awal dan mulanya, sebelum menjadi senang. sebagai contoh, berjalan pada awalnya amat susah bagi kanak2 kecil ketika mereka masih kecil. tetapi setelah anak kecil itu mencuba berulang kali, jatuh dan bangun kembali lalu akhirnya ia menjadi mudah. pejam mata pun anak kecil itu boleh berjalan.

keajaiban sering di lakukan oleh pemain silap mata  atau pemain sarkas yang nampak mustahil di lakukan oleh orang biasa. ada orang yang mengambil jalan mudah dengan menyatakan bahawa permainan itu atau perbuatan itu adalah sihir semata-mata.

sebenarnya, pemain sarkas itu berlatih hingga tidak akan melakukan kesilapan walaupun sekali kesilapan kecil.

tuntasnya, kecemerlangan tidak mustahil untuk di capai oleh setiap orang. yang penting tetapkan di dalam minda dan berusaha untuk melaksanakannya. tetapi harus dingat, mencapai kemerlangan bukan sahaja untuk dunia, bahkan untuk akhirat juga. biarlah kecemerlangan kita seimbang antara dunia dan akhirat.

setelah berusaha dan melaksanakan objektif dlm perjalan menuju kecemerlangan, berazam dan bertawakallah kepada ALLAH kerna kepada ALLAH jua tempat kita bergantung. tanpa ALLAH,mungkin tiada kecemerlangan itu.


waallahu'alam..
yang baik datangnya dari ALLAH..
yang buruk dan kurang itu datangnya dari diri penulis sendiri.
moga ia membawa manfaat bersama..

No comments:

laman sesawang

Blogger templates