Thursday, August 27, 2009

semalam kian menjauh...


emm..


Semalam...Terukir peristiwa silam

kenangan tak bisa terpadam

ku terkenang

oh semalam


Sedetik...


Ku singkapi tirai memori

saat duga tiba menguji

oh semalam

telah pergi


Tuhan


ampunkan segala dosa-dosa


Moga

hari esok ku lebih sempurna


Semalam...


Ku meniti jalanan suram

hampir ku hanyut dan tenggelam

ku tinggalkan

oh semalam


Ku tinggalkan semalam


TuhanAmpunkan segala dosa-dosa

moga esok ku kan lebih sempurna


Semalam

Ku meniti jalanan suram

hampir ku hanyut dan tenggelam

ku tinggalkan

oh semalam


Ku tinggalkan semalam

kian menjauh

dan semalam

terus menjauh


Takkan ku berpaling lagi

kerna semalam

pergi...

enjoy the meaning..

what the...???



BISA di mulakan dengan kalam BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM..

RASULULLAH bersabda...

"barangsiapa menghadap ALLAH (meninggal dunia
),sedangkan ia bisa melalaikan solatnya,maka ALLAH tidak mempedulikan
sedikit pun perbuatan baiknya(yang telah ia kerjakan)

fuhh...

ramadhan hampir seminggu kita lalui...

macam mana agak keadaanya ek..???

moga diri ini di gagahkan untuk meneruskan ramadhan yang barakah
ini...

emm..kali ni penulis ingin berkongsi sdikit..

"DR.Fidelma telah memeluk islam kerana beberapa keajaiban yang di
temuinya ketika beliau menjalankan penyelidikan..sebelum itu..beliau merupakan
seorang DOKTOR NEUROLOGI..doktor yang berkaitan otak kot..

ketika di tanya kepada beliau ..bagaimana dia tertarik untuk
memeluk islam..lalu beliau menjawab..sewaktu beliau menjalankan kajian
saraf...terdapat beberapa urat saraf didalam otak manusia ini tidak di masuki
darah..

padahal..setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup
untuk berfungsi secara normal..

akhirnya dia menemukan bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf
di dalam otak tersebut melainkan ketika seseorang tersebut bersolat iaitu ketika
bersujud..urat tersebut memerlukan darah untuk beberapa saat sahaja ..ini
ertinya darah akan memasuki urat saraf tersebut mengikut kadar sujud seseorang
itu..makin banyak bersujud..makin sihatlah otak kita..

begitulah keagungan ciptaan ALLAH...

subhanallah...

tuntasnya...

barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang maka otak tidak
dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal...

jadi sempena ramadhan ini..

jangan lah meninggalkan solat tarawih..nanti otak tak berfungsi
dengan baik...kalau tidak larat untuk solat di surau atau di masjid..solat lah di
rumah..asalkan solat jangan di abaikan dan di tinggalkan..

wallahua'lam...

yang baik dari ALLAH..

yang buruk dari diri penulis..

p/s: maaf kepada sesiapa yang sensitif dengan
perkataan otak..maaf bebanyak..

Wednesday, August 19, 2009

ahlan wasahlan..??

bisa diteruskan dengan kalam yang indah lagi suci..

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM..
KU mengharapkan ramadhan kali ini...
penuh makna..
agar dapat ku lalui..
dengan sempurna...
selangkah demi selangkah..
akan ku lalui dengan bermakna...
TIK-TOK-TIK-TOK...
wah..terlalu laju masa ini..
sedar-sedar...
tinggal beberapa jam dan detik bakal kita hadapi dan
laluinya...
hadapi...??
yup..RAMADHAN la...
kapan lagi...???
masihkah ada keghairahannya untuk kita menghadapi dan melalui
bulan yang barakah ini..??
sudahkah kita bersedia untuk melaluinya dan
menghadapinya...??
moga kita lebih bersedia untuk menghadapinya...
banyakkan lah muhasabah diri untuk menghadapi bulan yang penuh
berkat ini..
agar diri menjadi lebih bersedia untuk melaluinya...
dan INGATLAH...
rugi dan celakalah bagi mereka yang ramadhan nya sama dengan
bulan-bulan yang lain..di mana dosa-dosanya tidak kurang pada bulan ramadhan
bahkan lebih bertambah pada bulan ramadhan...
moga kita bukan berada di dalam golongan YANG RUGI DAN CELAKA itu
pada bulan ramadhan ini..
dan ramadhan adalah satu bulan tarbiyah...
tarbiyah untuk kita lebih amar ma'aruf nahi munkar...
dan..
ku mengharapkan ramadhan..
kali ini penuh makna...
AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN
yang baik dari ALLAH..
yang buruk dari diri penulis...
moga dimaafkan segala kesilapan..
wallahu'alam

Monday, August 10, 2009

mungkinkah ini..??

gambar virus selsema babi/influenza H1N1..



bisa dimulakan dengan kalam terindah...


BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...



EMM...

walau tangan yang menaip ini menggigil lantaran diri di beri nikmat sakit oleh -NYA..

namun di gagahkan jua untuk mencoret di ruangan ini..

sedar atau tidak sedar..

seramai 26 orang telah menghadap ilahi pada ketika INI..di malaysia

lantaran virus SELSEMA BABI/INFLUENZA H1N1..

yang kian merebak dan menular dalam kalangan kita tanpa kita sedari atau tidak..kerna ia berada didalam udara yang kita hirup ini...udara yang tiada pembayaran yang di kenakan oleh-NYA...dan menyerang tidak kira yang tua,remaja mahupun kanak2..

Setelah pengetua sekolah penulis mengumumkan bahawa..salah seorang akhowat yang berada di tingkatan 4 mengalami virus ini...ramai dalam kalangan kami yang bergembira mengenainya...

lalu penulis terkesima...

apakah mereka tidak tahu akan bahaya penyakit ini...??

atau gembira kerana bakal di berikan cuti selama seminggu sebagaimana sekolah2 yang mendapat cuti mengenai virus ini..

nauzubillah...

sepatutnya mereka beristigfar kerna wabak itu telah terkena pada salah seorang warga AL-AMIN dan ianya sepatutnya menjadi peringatan kepada yang belum terkena..tetapi tidak ...bahkan bergembira dengan berita ini...

nauzubillah min zalik..

bagi mereka yang beriman..virus ini dianggap ujian oleh -NYA..

tetapi bagi yang alpa..ini adalah sekadar penyakit...

harus diingat..ini adalah peringatan dari ALLAH untuk hambanya yang beriman...dan merupakan azab bagi mereka yang bukan di jalanya...

ingatlah..jika terlalu banyak yang batil daripada yang hak di muka bumi...maka ALLAH tidak perlu untuk turunkan beribu-ribu tenteranya untuk membanterasnya..cukuplah dengan penyakit seperti ini yang yang telah menggugat ketenteraman pelbagai pihak...

maka kembali lah pada yang hak..kerana pada setiap kebenaran itu terasa nikmat syurga..

dan sebagai langkah pencegahan...

banyakkan lah bermunajat kepada ALLAH agar virus ini ada jalan penyelesaianya..tetapi dengan izin ALLAH..

pastikan menjaga kebersihan diri dan persekitaran serta pakai mask atau topeng untuk menghindari diri dari terkena wabak ini...

dan jika demam dan mengalami sintom2 virus ini..segeralah ke hospital yang terdekat bagi mendapat rawatan..

tuntasnya...

jagalah kebersihan diri dan persekitaran..kerna kebersihan sebahagian dari iman...

wallahu'alam..

mungkin itu je dari penulis yang lemah ini..

yang baik dari ALLAH..

yang buruk dari diri penulis..


Saturday, August 1, 2009

aku rela..



emm...


Telah ku rela nama dan diri menjadi sasaran
Kerana cinta, aku berkorban
Telah ku rela segala tohmahan bermaharajalela
Kerana cinta, aku terpaksa
Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta…
Biarku tanggung rasa derita..
Asalkan agama, selamat akhirnya..
Yang membantah, hanya berfalsafah. .
Kerana bimbang suapan harian
Dengan menjual nama tuhan..
Lalu kebenaran disingkirkan,
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya
Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini.. aku bahagia
Kerna..
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga.



enjoy the meaning...

wallahu'alam

laman sesawang

Blogger templates