Friday, July 31, 2009

adakah itu..??


bisa dimulakan dengan kalam yang terindah..

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM..

huh..masa ibarat kereta ferari..yang sentiasa memecut tatkala si lawan
leka..
itulah realiti diriku sekarang ini..


TIK-TOK-TIK-TOK...
jam dinding diperhati erat..tanpa berkalih lantas tertancap tarikh yang
turut terpamer di bingkai jam tersebut..

huh..sungguh cepat masa itu berlalu..
sedar2..
tinggal beberapa bulan lagi dah nak SPM...and then...school life will be
over...so sad..

lalu diri ini bermuhasabah...
sudah cukupkah persiapan nya...???
persoalan yang senantiasa bermain diminda si lemah ini...

emm..mungkin sudah cukup atau bisa dipertambahkan lagi usahanya..
semua itu ada di benaK si lemah...

emm..
bukanlah untuk penulis menceritakan ape yang terjadi pada diri
penulis..
tetapi..
sesuatu yang harus kita muhasabahkan...


bisa kita dengar kejayaan anak jiran kita dalam exam...
mendapat 12 A1...
bisa kita mendengar rakan setaman kita berjaya dengan cemerlang dalam
SPM...

dan..
selalu juga kita dengar...

"harap keputusan exam je gempak..tp perangai macam setan.."
"harap otak je pandai ..tapi akhlak macam iblis..."


mungkin itulah hakikat nya ...

penulis pernah menghadiri suatu kursus di Ibu negara..
di mana kursus tersebut menggumpulkan pelajar yang pandai2 belaka...
tp berdasarkan pemerhatian penulis...
semua mereka hanya pandai dri segi akedemik..tp dari segi akhlaknya..
agak kurang..

lalu terlintas di hati penulis...

A1-kah itu..???

jika dengan suka membongkakkan ilmu yang ada...
bergaul bebas dengan yang bukan dengan mahramnya...
melepaskan kata2 kesat dan lucah terhadap rakan sendiri...
tidak menghormati yang lebih tua darinya..

emm..amat sedih hati penulis...

atau...

A1-kah itu...???

jika suka berkongsi ilmu yang dicampakkan kefahamannya oleh ALLAH...
pandai menjaga batas dalam pergaulannya antara adam dan hawa..
bisa menjaga mulutnya dari kata-kata yang kurang enak didengari..
pandai menjaga hati orang yang lebih tua...
dan menjaga antara yang HAK dan BATIL...

BG pendapat penulis...

biarlah diri ini lemah dalam akedemik..tetapi jangan sekali lemah dalam
sahsiahnya...
selalu kita lihat...orang itu berjaya dalm akedemiknya...
tapi..
solat fardhu nya hilang entah kemana...

pergaulannya bebas tiada batasan...


BIARLAH...
kita berjaya dalam bidang akedemik dan mantap akhlaknya...
jangan kita berjya dalam akedemik..
tetapi sahsiahnya...
hanya ALLAH yang tahu...


biarlah kita dilihat sebagai seorang dai'e dan khalifah...yang..
mantap ilmu akedemiknya...
serta....
menjadi marji'(rujukan) dalam hal-hal agama pd orang lain...
jadi lah seperti ANAS BIN MALIK...

seorang yang mantap dan mempunyai sahsiah yang tinggi..
lantaran tarbiyah yang diberikan oleh RASULULLAH terhadapnya....
lalu menjadikannya seorang yang berguna kepada orang lain...


tuntasnya...
biarlah kita membangun dan berjaya dalam akedemik...serta berjya dalam
sahsiahnya...

janganlah kita hanya berjya dalam akedemik...tetapi..sahsiahnya entah
kemana...

dan jika kita berjaya dalam akedemik dan sahsianya....
barulah itu yang boleh dikatakan...

A1 itu....

barulah di katakan..

seorang muslim dan muslimah yang gempak..
kerana berjya seimbangkan apa yang sepatutnya diimbangkan..


emm..
mugkin itu je dari penulis..
YANG BAIK DARI ALLAH..
YANG BURUK DATANG DARI HATI SI PENULIS YANG BERLUMURI DOSA INI...
YANG BAIK AMBILLAH SEBAGAI MUTIARA
YANG BURUK LONTARLAH JAUH KE ANGKASA...

wallahu'alam...


Thursday, July 30, 2009

pilihan raya 2 [the end]

bismillahhirrahmannirrahim..

Assalamualaikum kepada yang membaca dan mentafsir di blog guer yang dah lama tak sign in ni..

harap maaf kerna post kali ini mungkin agak terlewat untuk dipost..
kerna komputer guer baru pulih dari kecacatan yang tak diduga..

emm..

jadi keputusan bagi pilihan raya di bumi AL-AMIN,BANGI dah hampir dua minggu berlalu..(rasanya la kot)..
jadi guer hendak memberitahunya kepada kalian yang singgah sebentar di guernye blog ini..
mengenai keputusannya..

KETUA UMUM
EN. nu'man hani
TIMBALAN KETUA UMUM
CIK. husna
KETUA BIRO DISIPLIN
EN. ahmad waseem al-fidaa'
TIMBALAN KETUA BIRO DISIPLIN
CIK. shazwani
KETUA BADAN DAKWAH DAN ROHANI(BADAR)
EN. faridunnaim
TIMBALAN KETUA BADAR
CIK maryam afifah
KETUA BIRO KADET REMAJA SEKOLAH(MUSLEH)
EN.adam
TIMB. KETUA BIRO KADET REMAJA SEKOLAH(MUSLEH)
CIK. awatif
KETUA BIRO KOKURIKULUM
EN. khairi
TIMBALAN KETUA BIRO KOKURIKULUM
CIK. aimi ruzana
KETUA BIRO PENERBITAN
EN. afifi
TIMBALAN KETUA BIRO PENERBITAN
CIK yasmin
jadi inilah tampuk pemerintahan yang baru..
sory bebanyak pasal tak bagi nama penuh..
dan
biro keceriaan terpaksa di tolak keluar kerna ...
adalah sebab musababnya...guer tak tahu..
dan..
jawatan SETIAUSAHA AGUNG pun tak ada...
akhir sekali..
penulis memohon maaf atas kelambatan memberitahu keputusan ini..
kerna yang merangcang hanya diri penulis..
tapi yang membenarkan apa yang di rancang adalh ALLAH..
MAAF bebanyak...

Thursday, July 9, 2009

pilihan raya

kepada semua..

ASSALAMUALAIKUM..

fuhh..bahang pilihan raya kian terasa..
pilihan raya..???
mesti korang tertanya-tanya kan..
pilihan raya mana pulak nie...

ha..nie adalah pilihan raya yang berlaku di bumi AL-AMIN BANGI...
kini sudah sampai masanya..
dimana sekolah akan memulakan proses penukaran tampuk pemerintahan dalam
kalangan pelajar..

iaitu..MAJLIS KEPIMPINAN PELAJAR (MPP)bagi sesi 2009/2010...
jadi..
seperti biasalah...

kepimpinan MPP akan bertukarlah organisasi nye...
jadi..selepas habis pilihan raya ini..semua yang pegang jawata dalam
MPP..

akan bersara...

dan yang jadi pengawas...

kalau ada rezeki..akan terus menjadi pengawas...kecuali...

tingkatan 3 dan 5..dimana..
selepas pilihan raya ini..
mereka yang memegang jawatan akan di serahkan jawatan tersebut kepada orang
lain...

bagi menumpukan peperiksaan PMR dan SPM...


JADI..
tampuk kepimpinan akan berubah la..selepas ini..
dan esok jumaat bersamaan 10/07/09..akan di jalankan proses pilihan
raya...
dan calonnya...
terdiri daripada tingkatan 2 seramai 5 banin dan 5 banat..serta tingkatan 4
seramai 10 banin dan 10 banat..
tapi..kena undi 6 orang sahaja..

sebulum pilihan raya di buat..penamaan calon telah di adakan pada minggu
lepas..
dan kali nie..calon yang terpilih sahaja akan di undi..


tapi organisasi skolah tak berubah la..

haha..
jadi lepas nie..sape yang dapat jawatan tu..buat elok-elok...
dan lepas nie juga..
aku dah tak pegang jawatan..coz dah nak abis skolah...

tapi kena bersedia pegang jawatan di universiti plak..ha..ha..

blagok gile aku nie..

jadi nak citer tu je..
tak tahu nak citer ape dah..

walallahualam..
yang baik dari ALLAH ..
yang buruk datng dari aku yang lemah nie..

Monday, July 6, 2009

seorang nelayan dan seorang profesor marin..




fuhh....

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...


pergh..dah lama rasanya tak bukak blog nie...

sampai berhabuk tahap melampau..

emmm..

tiada kesempatan untuk aku menulis di ruangan ini..

kesibukan melampaui batas..

dan kebarangkalian untuk aku menulis dalam kesibukan ini..

hanya..20 peratus je...

dan post kali nie lah..kebarangkalian untuk aku menulis..


jadi...

ingin aku bawa suatu cerita yang kebarangkaliannya(hishh..asyik perkataan ni je..)korang semua dah pernah dengar dan mungkin dah beribu kali mendengarnya..


cerita mengenai


"SEORANG NELAYAN DAN SEORANG PROFERSOR.."


kisah bermula...


seorang prof. dari universiti terkemuka di rantau ini ingin menjalankan suatu penyelidikan yang berkaitan dengan marin..ataupun..pasal laut la..


jadi..prof ini ingin menjalankan penyelidikan nya di tengah laut...

lantas..

prof itu meminta seorang nelayan yang lebih 10 tahun berkecimpung dalam bidang pelayaran untuk membawanya ke laut untuk menjalankan penyelidikan..


jadi nelayan itu pun setuju...

lalu..

nelayan itu pun membawa prof. itu ke laut..


setelah prof. itu selesai menjalankan penyelidikannya..

mereka pun bersiap untuk pulang ke darat..


dalam perjalanan pulang..

prof. tersebut memulakan perbualan demi mengisi masa yang kosong dengan nelayan tersebut..


PROF. : sudah berapa lama encik dalam bidang ini..?

NELAYAN : dah hampir lebih sepuluh tahun..saya dalam bidang ini..


PROF. : oh..sudah lama sangat tu...

NELAYAN : dah..nie je kemahiran yang saya pandai...


PROF. : oh..jadi encik tak mempelajari bidang biologi ke...?(dengan nada

yang sombong)

NELAYAN : tak..saya hanya belajar sampai darjah 6 sahaja..

PROF. : kalau begitu..encik dah rugi 50 peratus dari kehidupan encik...aaa..

encik tahu pasal fizik tak...??

NELAYAN : tak tahu juga...

PROF. : bahaya tu..encik dah rugi 50 peratus dalam kehidupan ini..

JADI..secara keseluruhannya..encik dah rugi 100 peratus dalam kehidupan ini..(bercakap dalam nada yang sombong..)



nak di ceritakan..tengah mereka berbual-bual..ribut melanda di tengah laut...

ombak dengan tiba-tiba menjadi ganas lalu membalikkan kapal yang di naiki oleh profersor tersebut...
keadaan menjadi huru-hara...
prof. itu tercampak ke laut dan dapat berpaut pada kapal yang sudah terbalik itu..
lalu..si nelayan berkata...
NELAYAN : prof tahu berenang tak..???
PROF. : saya tak tahu berenang...
NELAYAN : jadi dengan itu..prof sudah rugi 100 peratus dalam kehidupan ini..
Lalu nelayan itu berenang meninggalkan profersor yang berlagak itu...
dan akhirnya..
prof. tersebut mati lemas...gara-gara tidak pandai berenang..
jadi point yang ingin aku sentuh kat sini adalah..
walau setinggi manapun ilmu yang kita pelajari...jangan kita perlekehkan orang yang cetek ilmunya..kerna..
tak semua orang yang cetek ilmunya boleh berjaya dalam hidup ini...
selain itu..
jangan lah kita bersikap meninggi diri dengan kebolehan yang ALLAH anugerahkan kepada kita..
harus diingat bahawa..ALLAH boleh menarik bila-bila masa sahaja kebolehan dan kepandaian yang di anugerahkan kepada kita..
wallallahualam..
yang baik dari ALLAH..
yang buruk itu datang dari diri penulis ini...


laman sesawang

Blogger templates