Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Monday, July 6, 2009

seorang nelayan dan seorang profesor marin..




fuhh....

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...


pergh..dah lama rasanya tak bukak blog nie...

sampai berhabuk tahap melampau..

emmm..

tiada kesempatan untuk aku menulis di ruangan ini..

kesibukan melampaui batas..

dan kebarangkalian untuk aku menulis dalam kesibukan ini..

hanya..20 peratus je...

dan post kali nie lah..kebarangkalian untuk aku menulis..


jadi...

ingin aku bawa suatu cerita yang kebarangkaliannya(hishh..asyik perkataan ni je..)korang semua dah pernah dengar dan mungkin dah beribu kali mendengarnya..


cerita mengenai


"SEORANG NELAYAN DAN SEORANG PROFERSOR.."


kisah bermula...


seorang prof. dari universiti terkemuka di rantau ini ingin menjalankan suatu penyelidikan yang berkaitan dengan marin..ataupun..pasal laut la..


jadi..prof ini ingin menjalankan penyelidikan nya di tengah laut...

lantas..

prof itu meminta seorang nelayan yang lebih 10 tahun berkecimpung dalam bidang pelayaran untuk membawanya ke laut untuk menjalankan penyelidikan..


jadi nelayan itu pun setuju...

lalu..

nelayan itu pun membawa prof. itu ke laut..


setelah prof. itu selesai menjalankan penyelidikannya..

mereka pun bersiap untuk pulang ke darat..


dalam perjalanan pulang..

prof. tersebut memulakan perbualan demi mengisi masa yang kosong dengan nelayan tersebut..


PROF. : sudah berapa lama encik dalam bidang ini..?

NELAYAN : dah hampir lebih sepuluh tahun..saya dalam bidang ini..


PROF. : oh..sudah lama sangat tu...

NELAYAN : dah..nie je kemahiran yang saya pandai...


PROF. : oh..jadi encik tak mempelajari bidang biologi ke...?(dengan nada

yang sombong)

NELAYAN : tak..saya hanya belajar sampai darjah 6 sahaja..

PROF. : kalau begitu..encik dah rugi 50 peratus dari kehidupan encik...aaa..

encik tahu pasal fizik tak...??

NELAYAN : tak tahu juga...

PROF. : bahaya tu..encik dah rugi 50 peratus dalam kehidupan ini..

JADI..secara keseluruhannya..encik dah rugi 100 peratus dalam kehidupan ini..(bercakap dalam nada yang sombong..)



nak di ceritakan..tengah mereka berbual-bual..ribut melanda di tengah laut...

ombak dengan tiba-tiba menjadi ganas lalu membalikkan kapal yang di naiki oleh profersor tersebut...
keadaan menjadi huru-hara...
prof. itu tercampak ke laut dan dapat berpaut pada kapal yang sudah terbalik itu..
lalu..si nelayan berkata...
NELAYAN : prof tahu berenang tak..???
PROF. : saya tak tahu berenang...
NELAYAN : jadi dengan itu..prof sudah rugi 100 peratus dalam kehidupan ini..
Lalu nelayan itu berenang meninggalkan profersor yang berlagak itu...
dan akhirnya..
prof. tersebut mati lemas...gara-gara tidak pandai berenang..
jadi point yang ingin aku sentuh kat sini adalah..
walau setinggi manapun ilmu yang kita pelajari...jangan kita perlekehkan orang yang cetek ilmunya..kerna..
tak semua orang yang cetek ilmunya boleh berjaya dalam hidup ini...
selain itu..
jangan lah kita bersikap meninggi diri dengan kebolehan yang ALLAH anugerahkan kepada kita..
harus diingat bahawa..ALLAH boleh menarik bila-bila masa sahaja kebolehan dan kepandaian yang di anugerahkan kepada kita..
wallallahualam..
yang baik dari ALLAH..
yang buruk itu datang dari diri penulis ini...


Thursday, June 11, 2009

"GUA AJAIB"

bisa di mulakan dengan

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM..

FUHH..
em kali nie nak citer skit pasal title kat atas tu..

kisah bermula...

Pada suatu hari..
joyah dan bapanya datang ke KUALA LUMPUR dan pergi membeli belah di sebuah
pusat beli belah..
ANAK-beranak nie baru pertama kali datang ke kuala lumpur nie..
mereka tak pernah keluar dari kampung..
so datang KL macam rusa masuk kampung la..
kemudian..
jalan punya jalan..
tiba-tiba si joyah ternampak sebuah lif...

lalu...

JOYAH:ayah..ape ke bendanya tu..??
AYAH:entahlah nak..ayah pun baru pertama kali
nampak benda tu...!
selepas itu...
seorang nyonya tua terbongkok-bongkok dan mengigil-gigil menekan
butang lift tersebut..
lalu nyonya tadi pun masuk kedalam pintu lif tatkala pintu lif
terbuka..dan pintu lif pun tertutup..
tidak lama kemudian...
pintu lif terbuka..
keluarlah seorang gadis cantik jelita..macam bidadari
syurga..
ayah terkejut..dan terlopong melihat situasi tersebut...
lalu ayah pun berkata..
AYAH:joyah..!!!kau pergi panggil mak kau
kemari..bawa mak jumpa ayah..
kita masukkan emak dalam "GUA AJAIB
"nie..
cepat...!!!!

so citer pun tamat..
apepun..
ape yang aku nak sentuh kat sini ialah...
kita hidup ..
jangan jadi seperti...
"KATAK BAWAH TEMPURUNG.."
hidup biar penuh dengan pengetahuan dan kemahiran..
jangan jadi seperti katak yang hanya duduk bawah tempurung..
kelak mudah di perbodohkan..
so tu je la..
wallallahualam...

laman sesawang

Blogger templates