Saturday, February 28, 2009

maafkan aku..


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

tatkala aku mendengar lagu nie..

terimbas kembali kesalahan dan kesilapan aku yang lepas...

dimana aku tak boleh untuk kembali untuk membetulkanya...

terutamanya..

kesilapan aku pada si dia...

maafkan aku...

kengkawan..

maafkan aku juga...

muallim dan muallimah..

maafkan ana ye..

dan yang ter akhir..

kepada umi dan abi..

yang telah membesarkan aku dan berkorban demi aku...

maafkan anak mu ini..

atas segala yang anakmu lakukan..

"....MAAFKAN AKU...."

AKU HANYA INSAN YANG LEMAH..

DAN SELALU MELAKUKAN KESILAPAN...

SERTA KESALAHAN...

5 perkara yang mesti disegerakan...

dalam menempuhi hidup ini kita perlu ada semangat macam dia nie...baru la hidup ini ceria...


Bismillahhirahmanirrahim..
Assalamualaikum kepada semua pembaca yang membaca dan mentafsir di blog gue yang tak seberapa nie...
kali gue nak citer skit pasal title utama untuk post kali nie...
skit jer nak citer...
mungkin ada pembaca yang membaca di blog gue yang dah tahu pasal nie...
ini untuk kita merenung kembali ...
adakah kita melakukan nya..?????
tepuk dada..tanyalah iman korang.

5 PERKARA YANG MESTI DI SEGERAKAN...

"Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan...

kecuali pada lima(5) tempat...

maka ia termasuk sunnah Rasulullah...."

perkara yang pertama...

1)Memberi makan atau minum kepada tetamu , bila ia datang berkunjung...

2)Menyiapkan perkuburan mayat apabila telah mati...

3)Mengahwinkan anak perempuanya apabila telah cukup umurnya...

4)Membayar hutang apabila telah sampai masanya..

dan yang terakhir...

5)Bertaubat tatkala telah melakukan dosa....

wokeh...

sampai sini je dulu...

renungkanlah ape yang aku pertuliskan ...

moga bermuhasabah....

Thursday, February 12, 2009

kenapaakudiuji!!!!!!

muallimah yang ku sayangi...tersenyum bagaikan seorang ibu mithali...he..hee...:)
jauh aku merenung ...banyak yang ku pikirkan...





Bismillahhirrahmanirrahim...






wargh..



lama rasanya tak update blog gue nie..



maklumlah..zaman dah berubah..dunia dah maju..



banyak perkara perlu dilakukan ..tu pasalla tak dpt nak post pape..cbuk gile...



tapi ALHAMDULLILLAH kerna Allah memberikan aku kesempatan untuk aku mengepost sumtin kat blog aku nie...






k la..sejak kebelakangan nie aku sentiasa teruji ngan mcm2 perkara termasuklah perasaan ku terhadap si kaum hawa..tetapii bukanla aku nak citer masalah aku..



tapi pasal...





"KENAPA AKU DIUJI"


LANTAS...


aku teringat lak pasal firman ALLAH yang bermaksud...




"APAKAH MANUSIA ITU MENGIRA BAHAWA MEREKA DIBIARKAN MENGATAKAN:


'kami telah beriman ," sedangkan mereka tidak diuji ?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka,maka sesungguhnya ALLAH mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta..."




apabila aku terbca maksud ayat ni...aku pun merasa bersyukur kerna aku diuji...merasakan diri dekat dengan ALLAH apabila aku diuji atau teruji...




tetapi..kadang2 tu aku ...




AKU TAK DAPAT BENDA YANG AKU IDAM-IDAMKAN




LALU...


aku terpikir mengenai ...




"BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU PADAHAL IA AMAT BAIK BAGI MU, DAN BOLEH JADI PULA KAMU MENYUKAI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU,ALLAH MENGETAHUI SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUINYA...."


emm..betulgak..kadang2 tu benda yang aku idamkan tak dapat..mungkin ia amat buruk bagiku...






tapi..kadang2 aku merasakan bahwa ujian aku terima adalah sangt berat...


"KENAPA UJIAN SEBERAT INI.."




Maka sahabat ku memberitahu bahwa..




"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupanya...."


betul gak tu..Allah itu maha mengasihani dan sayng ke pada hambanya...



kadang2 aku merasakan yang ujian yang dihadapi terlalu berat hingga menyebabkan aku terkesima sedikit...


lalu muallimah yang ku sayangi memberikan mutiara kata kepada ku...

naim..renungankan firman ALLAH NIE...


"Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati ,padahal kamulah

orang-orang yang paling tinggi darjatnya,

jika kamu orang yang beriman..."


TAPI bagaimana hendak ku hadapi semua ujian ini...

lantas....terimbas memoirku terhadap ayat nie...


"Wahai orang2 yang beriman!

bersabarlah kamu (dalam menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara2 yang berkebajikan ), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih drpd kesabaran musuh, di medan perjuangan, dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah2 sempadan ) serta bertaqwalah kamu kepada ALLAH supaya kamu berjaya(mencapai kemenangan)..."


"Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat , dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang2 yang khusyuk.."
betul gak...
tapi ...
APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA UJIAN IN...???

"Sesungguhnya ALLAH telah membeli dr orang2 mu'min , diri , harta
mereka dengan dengan memberikan syurga untuk mereka..."
betulgak tu..
kadang2 setiap kali diuji..kita terpaksa berkorban harta dan tenaga ..tapi semua itu akan dibalas syurga ALLAH...
TAPI KEPADA SIAPA PERLU AKU BERHARAP....
"cUKUPLAH Allah bagiku, tidak ada tuhan selain darinya..hanya kepadaNYA
aku bertawakal..."
kadang2 tu jugak aku aku dah terasa untuk berputus asa dalam menghadapi segala ujian yang di tomahkan ke pada ku...
lalu sahabatku ku memberikan kata penguat untuk ku...
"Dan janganlah kamu berputus asa daripada Rahmat ALLAH. sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan kaum
yang kafir..."
sampai disini sahaja...
segala yang baik datangnya dari ALLAH...
SEGALA yang buruk dalam penulisan kali nie...
datang nya diriku yang hina ini...





Saturday, February 7, 2009

ngantoknya...awrghhhhhhh...eh lupa plak nak...????


aduh penatnya hari ni...
nilah gara-gara jalan2 kat bukit bintang ngan membe...menyesal betul...
awrghhhhhhh....
hoi naim!!!!!!!!
lantas terkejut aku dengan jeritan yang dilaungkan oleh membe ku...
aku pun ape lagi...
sound balik aaaa membe aku tu...
apahal ko ni joe...
panggil aku macam la aku ni pekak sangat...
cuba la kau panggil aku elok2 skit...
panggil mcm kucing nak mengawan je...
apahal.....????/
sorie la brader...
aku tak de niat pun nak jerit2 mcm kucing nak mengawan ...
tapi...
tadi aku tengok ko menguap tak tutup mulut....
so what....!!!
tak de la..kan bagus kalo ko menguap tutup mulut..nampak la sopan skit...
ni lagi satu...
"Rasulullah bersabda...bersin itu dari ALLAH dan menguap itu dari syaitan,maka apabila kamu menguap , letakkanlah tangan di mulut...dan ketika kamu bersuara ketika menguap..sesungguhnya itu suara syaitan tertawa dari perutnya...."
la yeke..apsal aku tak tahu..
nasib baik la joe ko nampak aku nguap tak tutup mulut...
dan nasib baik la ko bagi tau pasal nguap nie kat aku...
aku janji ..aku tak wat lagi ..
aku nak mintak maaf..coz aku panggil kau ngan kasar tadi...
sory ek...
pasal bersin tu pun ..
ala tak de pape la...yang penting setiap kali nak menguap..
pastikan kau tutup mulut ..
kalau tak..
bukan setakat setan je masuk...harimau pun leh masuk dalam mulut kau....
he..he...
yela aku maafkan..
dan lepas ni ..
aku akan tutup mulut semasa nguap....
by the way..
kalau aku ada wat salah ke...
kau tegur la ek...
yela2...kita kan sebagai saudara dan sahabat harus sentiasa tegur menegur...
agar ukhuwah itu semakin mantap..
he..he...
k la..asar dah nak abis dah nie..
jom cari surau lu..
kita solat..
pastu blah balik umah la....
okay2..jom..

Monday, January 26, 2009

dari senior ku....untukmu semua..

Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”Mak jawab, “dua-dua bukan..”Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam. “Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”Saya memintas, “Tak faham..”Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa besar kakak ada gak secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..Bukan luar biasaTentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.

”Redha“

Kakak..
Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya..Hayatilah, selamilah, dan fahamilah.. Ya Allah, di saat air mata berguguran, kurniakanlah rasa cinta di dalam hati ini..

untukmu semua..


untuk dia dan semua

Bissmillahirrahmannirrahim..

yg dilihat@diukurnya bukan sejauh mane usahamu,
tapi sejauh mane tawakal dan percayamu nan jitu,
dan pengantunganmu padanya.
tidaklah bermakna kau tak perlu berusa,
UsAhalah SemampuMu,
tetap jangan sesekali berakidah bahawa banyak usahamu penentu kejayaanmu.
Tapi berimanlah Bahawa tawakalmu itu penentu kejayaanmu,
kejayaan yang bukan milik mutlakmu,
tetapi adalah miliknya....
BITTAWFiq WANnajaH Fil imTihan...

Saturday, January 24, 2009

masa adalah rawatan???? apenda itu...

Imam as-syahid Hasan Al-Banna...
seorang mujadid yang pandai menguruskan masanya malah sejak dari sekolah rendah lagi... pada cuti persekolahan di peringkat menengah, beliau telah mengisi waktu paginya dengan menelaah dan mengkaji buku ilmiah sebagai bekalan pengetahuan... di waktu dhuha, selepas menunaikan solat dhuha , beliau belajar kemahiran membaiki jam dan bercita-cita untuk membuka kedai jam sebagai bekalan kewangan....pada sebelah malamnya pula beliau menghadiri majlis-majlis sebagai bekalan pemikiran.. keesokan harinya beliau bangun malam untuk menguatkan ruhani agar bisa menghadapi haari seterusnya sebagai dae'i murabbi yang mahir.......
Di waktu cuti ini adalah masa yang paling bahaya bagi mereka yang tidak pandai menyusaun waktunya, namun hanya satu perkara yang bisa menyelamatkan kita... iaitu IMAN!!!!!Kalaulah kita betul-betul beriman dan dapat merasai kemanisan iman yang disebut oleh baginda S.A.W

1.orang yang medahului Allah dan meletakkan Allah di hadapan di setiap ketika2.orang yang menyanyangi sahabatnya atas dasar kerana Allah taala dan sanggup bekorban apa shj tak kira masa, harta kerana Allah yang dia cintai3.orang yang takut dan benci untuk kembali pada jahiliyah sepertimana ia takutkan masuk ke neraka....yang jadi persoalannya adakah kita takutkan neraka sepertimana para sahabat dulu takutkan....akhir kata... ingatlah hadith arrasul s.a.w,,,"qulamantu billah summastaqim"---berimanlah pada Allah kemudian berISTIQAMAHLAH...-------Ya Allah, aku memohon padamu cintamu, cinta orang-orang yang mencintaimu serta melazimi amalan yang membawa kepadaMu,,,,,,,,,,,,,,,,

laman sesawang

Blogger templates