kepada semua pembaca..
blogs ini telah bertukar pemiliknya..
harap maaf atas segala kesulitan..
pemilik asal blog ini ingin mengundurkan diri buat sementara..
pemilik yang baru akan memberikan sedikit coretan untuk kalian semua..
akhir kata,,
segala kesulitan harap di maafi..
Tuesday, December 29, 2009
bertukar pemilik,,
Thursday, December 24, 2009
sekadar itu,,
emm..ASSALAMUALAIKUM kepada yang mentafsir dan membaca di blog yang kurang dalam pembikinannya,,BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM..
emm..
cuti penulis..
terisi..
terisi dengan ape..
perkara2 yang boleh di manfaatkan..
emm..entry kali ini tidak banyak untuk penulis coretkan cuma sekadar meng-UPDATE setelah agak lama menyepi..agak lama juga menyepi en..
cuti2 yang lama ini membuatkan penulis tetiba teringatkan zaman2 persekolahan yang penuh dengan memoir2 yang mengundang seribu satu pengalaman..
lantas membuatkan penulis teringat akan ini..
'ZAMAN PERSEKOLAHAN MENGAJAR KITA ERTI PERSAHABATAN..
DAN BILA ZAMAN ITU BERLALU..TENTULAH IA TIDAK AKAN KEMBALI LAGI..
MASA INI..MASING2 AKAN MEMBAWA HALUAN HIDUP MASING..
MUNGKIN SUKAR KITA BERSATU KEMBALI..
DALAM SATU TEMPAT YANG BERNAMA BILIK DARJAH..
MUNGKIN SUDAH TIADA LAGI SENDA GURAU KETIKA DALAM PERJALANAN KE KANTIN..
EMM..ITULAH ZAMAN BELAJAR..
ADALAH ZAMAN YANG REMAJA DAN ORANG DEWASA SUKAR UNTUK DI LUPAKAN..
MUNGKIN SATU HARI NANTI KITA AKAN MENANGIS..
KERNA RINDUKAN ZAMAN PERSEKOLAHAN..DAN RINDUKAN ZAMAN SEBAGAI SEORANG PELAJAR SEKOLAH..
emm..itulah ia..
cuti membuatkan diri ini lebih mengahargai sekolah..
bile jumpa budak2 yang masih bersekolah..
nasihat akan di beri supaya hargai masa sebagai seorang pelajar..
yang masih lagi memakai pakaian seragam sekolah berseluar hijau..
emm..
itulah ia..
tuntasnya..
hargailah zaman persekolah..
dan hargailah setiap pengalaman yang kita lalui kerna,,,
guru boleh di cari..tetapi guru yang paling selalu kita jumpa adalah pengalaman yang kita lalui dalam kehidupan ini..jadii hargainya..
[haha..sebenarnya dah tak tahu nak tulis ape..so skolah adalah ilhamnya..]
WALLAHU'ALAM..
yang baik dari ALLAH..
yang buruk dari diri penulis yang lemah ini..
Monday, December 7, 2009
kian meruncing..
BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM..
EMM..
sedikit dari penulis..
bace link di bawah..
Utusan Malaysia Online - Bicara Agama
tuntasnya..
permasalahan itu kian meruncing..
solusinya..
ayuh sentiasa suburkan iman kalian..
periksa akan kesihatan hati2 kalian..
senior penulis pernah berkata..
"jika sudah terlalu hitam..maka hati itu telah mati...
jika banyak sangat bintik2 hitam..itu tandanya hati sakit..
jika bintik2 itu amat sedikit..tndanya hati itu masih hidup tetapi
serangan2 virus yang mampu membuatkan hati itu sakit dan mati harus di kekang
dengan segera..
wallahhualam..
yang baik dari ALLAH yang mencipta sekian alam ini..
yang buruk datangnya dari diri penulis yang berstatus hamba-NYA sahaja..
sesuka hati..
BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM..
emm..x da pape untuk penulis kongsikan..
cuma ini sekadar coretan dalam kesempitan..
coretan yang sempat penulis rakamkan selepas beberapa
seketika,,
"tidak perlu mencari teman
secantik balqis..andai diri tidak sehebat
sulaiman..mengapa mengharapkan teman
setampan yusuf..jika kasih tak setulus
zulaikha..tidak perlu mengharap
teman seteguh ibrahim..andai diri tidak sekuat
siti hajar..dan..
mengapa didambakan teman
hidup bak siti khadijah..kalau diri tidak
sesempurna muhammad..emm..bimbinglah dirinya
dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..carilah kebaikan pada
dirinya..dan
bersyukurlah..kerna dipertemukan
dengannya..lalala.."
emm..sekadar coretan selepas
seketika..hanya dalam keadaan bosan buat coretan
entah mengapa tetiba je nak buat nie..
pelik+terkesima..
waallahualam..
Thursday, December 3, 2009
jom suburkan ia..

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM..
Assalamualaikum kepada para pembaca yang mentafsir dan mentelaah di blog
ini..emm..sudah lama rasanya penulis tidak 'post' something..
tp alhamdulillah..dalam masa terluang penulis inilah penulis
menggunakannya untuk memberikan sedikit perkongsian untuk kita YANG BERGELAR
HAMBA-NYA..emm..
tak banyak penulis ingin membicarakan..tetapi penulis agak
terkesima dengan dunia hari ini di mana..manusia kian hilang arah tujuannya
dan
manusia lupa kepada 3 persoalan utama yang wajib di fikirkan dari
semasa
ke
semasa..PERSOALANNYA..
1-dari mana datang..??
2-kenapa kita di datangkan..??
3-ke mana kita akan pergi..
itulah persoalannya..emm..bila di lihat kembali kepada titik tolak
asas permasalahan setiap gejala sosial yang berlaku dalam kalangan remaja
adalah
kerna mempunyai IMAN yang lemah dan tidak di suburkan..emm..
iman bersifat bertambah(ada) ataupun berkurang(lenyap) daripada
hati seseorang menurut amalan yang dilakukannya..andai kata kita sering melakukan kebaikan..maka imannya semakin
hari akan meningkat dan subur di jiwanya..namun,andai dosa yang sering di
lakukannya tanpa disusuli taubat, maka imannya semakin hari akan semakin
berkurangan bahkan akan dibimbangi akan lenyap daripada jiwa..adalah satu malapetaka besar andai ALLAH mencabut iman daripada
hati-hati manusia..bayangkan seseorang yang direnggut nyawa saat imannya
tercabut..???iman adalah harta yang paling berharga..jadi kita seharusnya
menjaganya seperti kita menjaga harta yang kita perolehi di dunia ini
seperti
kereta ,rumah dan sebagainya..bahkan ia wajib di jaga campur di
pelihara dari
segala unsur yang boleh merosakkannya..kerana itu..
orang2 yang benar2 beriman tersangat bimbang andai iman mereka
berkurangan dan merosot..mereka sangat sayangkan iman mereka..lantas mereka
sangat fokus dan berjuang habis habisan mengadai nyawa untuk
mempertahankanya..sebaliknya..
orang2 yang fasik tidak pernah memikirkan soal ini..baginya..halal
haram, dosa pahala,iman kufur adalah sama sahaja dari kaca mata pandangan
mereka..penting untuk kita mengetahui bahawa iman itu,selain boleh
berkurangan..ia juga boleh melayang dan tercabut keluar dengan sebab
berlakunya
dosa-dosa tertentu..contohnya dosa berzina dan minum arak..rasulullah bersabda..
"barang siapa yang berzina atau minum arak,maka ALLAH akan
mencabut iman daripada hatinya..sebagaimana orang melepaskan (mencabut)
pakaian
melalui kepalanya.."(riwayat al-hakim)
llihatlah..
betapa sia-sia usaha seseorang yang jahil dan sombong kepada
ALLAH..saki baki imannya yang masih ada,bukan sahaja tidak disuburkan malah
dibiarkan lenyap begitu sahaja..kita sudah tidak cukup masa untuk hidup
sebegini
rupa..sepatutnya..kita sepatutnya suburkan iman secara berterusan supaya
iman kita tidak tercabut dan melayang daripada jiwa kita//ayuh kalian..bangkit suburkan iman kalian secara
berterusan..suburkan ia sesubur tanaman hijau seperti gambar diatas..emm..
itu sahaja dari penulis..
yang baik daripada ALLAH..
yang buruk daripada diri penulis ini..
wallahu'alam..
Saturday, November 7, 2009
sebentar ...
BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...
fuhh..lama rasanya tak menaip kat blog nie..
almaklum lah..
sibuk sebentar..
tp ALHAMDULILLAH..
dalam kesibukan ini aku penulis tetap mahu mengUPDATE blognya..
untuk kalian yang membaca dan mentafsir di blog yang tak seberapa ini..
emm..
tak banyak yang ingin penulis bicarakan..
cuma..sedikit kata-kata dalam menempuhi hidup ini..
ini lah ia....
"MENGATAKAN DIRI ANDA LEMAH SEBELUM BENAR-BENAR TERBUKTI ANDA LEMAH...
ADALAH KELEMAHAN ANDA YANG PALING LEMAH..."
EMM..
jadi..
kepada semua..jangan mengatakan diri anda adalah lemah..
anda semua adalah tidak lemah..
tetapi..
jika anda semua telah menetapkan dalam FIKIRAN anda..yang anda sememangnya lemah..
maka anda akan lemah untuk selama-lamaya..
remember
kalian semua adalah KHALIFAH ALLAH yang hebat..
wallahu'alam..
Friday, October 9, 2009
binalah ia..

bismillahhirrahmannirrahim..
ASsalamualaikum kepada yang mentafsir dan membaca di blog ini..moga rahmat
ALLAH sentiasa bersama..emm..seperti yang penulis perkatakan pada post yang lepas mungkin tiada yang
latest post..tp bila penulis memikirkan kembali..benda yang baik tidak harus di
simpan kan..???jadi penulis mengambil keputusan untuk memberikan benda atau perkara yang
bermanfaat kepada kalian..insyaallah.."berikanlah manfaat kepada orang lain..walau dengan sepotong
ayat.."[kata-kata yang pelik dari penulis]
emm..post kali ini..
"BINALAH IMAN AGAR SEJAHTERA DARIPADA DOSA"
iman adalah satu nikmat ALLAH yang bersifat serba guna. Kerana itulah ia menjadi anugerah ALLAH yang paling termahal buat insan yang di kasihinya. Selain menjadi sebab terselamat dari azab ALLAH di akhirat , iman juga menjadi benteng ampuh bagi seorang muslim daripada terjebak melakukan dosa2 kepada ALLAH dan sesama manusia..
tanpa iman, berbagai-bagai kerosakan dan kemusnahan akan berlaku dalam kehidupan manusia di duniaini, lebih2 lagi di akhirat sana. Menyisihkan diri daripada suluhan iman dan hidayah akan menjadikan diri kita akan terdedah kepada segala macam anasir kejahatan dan dosa..
di riwayatkan daripada ABU HURAIRAH r.a...katanya...
"seorang penzina tidak akan berzina jika ketika berada dalam keimanan. seorang pencuri tidak akan mencuri jika ketika itu dia berada dalam keimanan iaitu iman yang sempurna. begitu juga seorang peminum arak tidak akan minum arak jika ketika itu dia berada di dalam keimanan..."
[riwayat bukhari dan muslim]
let we analyse..
berzina , minum arak dan mencuri semuanya tergolong di dalam kategori dosa-dosa besar yang di taja oleh iblis dan syaitan..
Tanpa benteng iman yang kuat dan kukuh serta akidah yang mantap, seseorang itu akan mudah terarah melakukan dosa2 besar, khasnya tiga dosa besar utama yang di sebut di dalam hadis di atas..tanpa iman, seseorang itu akan tergamak untuk melakukan larangan ALLAH tanpa ada rasa takut dan segan silu lagi..seseorang yang berani melakukannya iaitu dosa2 besar..menunjukkan bahawa dadanya benar2 dilanda kemarau iman..
mungkin ada saki baki keimanan di dalam jiwa. namun kerana iman itu tersangatlah lemah dan merosot grafnya , maka ia tidak terdaya untuk berhadapan runtutan nafsu syahwatnya yang bertali arus.. ia akan cepat mengalah dan akhirnya tunduk dengan mudah kepada pujukan syaitan yang sentiasa ke arah kejahatan..
emm..
orang yang beriman dan bertakwa, insyaallah tidak akan termakan pujukan syaitan yang sentiasa menyerunya untuk melakukan larangan ALLAH dan meninggalkan suruhan ALLAH..
orang yang beriman tidak akan terlibat di dalam gejala sosial yang boleh merosakkan maruah diri , keluarga dan agama.. dengan kemuliaan dan barakah imannya itu..ia akan terpelihara dari melakukan perbuatan yang terkeji dan mungkar..
Alangkah indah dan baik andai pendidikan iman dipasakkan dengan sesungguhnya ke dalam jiwa anak2 dari usia remaja mereka..inilah penawar rabbaniah yang kita lupa dan kita sisihkan..kita lebih yakin yang wang ringgit dan kepandaian kita boleh menyelesaikan semua masalah. sebagai hamba yang tersangat lemah ini serta di tambah lagi dengan kejahilan..kita bersikap bodoh sombong dengan ALLAH SWT...
LALU..bertubi-tubi dan bertimpa-timpa 'az-zillah[kehinaan] menjerebukan landskap kehidupan kita.baik rohani mahupun jasmani..
tidakkah ibu bapa dan guru2 serta seluruh masyarakat amat pening dan sakit jiwa dengan percambahan gejala sosial yang kian bejat ini..dan krisis nilai moral yang semakin hari semakin parah persis kanser yang bakal membunuh jati diri ummah..??
paparan dan sajian media saban hari kepada kita membuatkan kita naik jelak mendengarnya..tetapi, itulah rentetan kesan atau natijah akibat kita mengabaikan faktor keimanan dan akidah di dalam setiap aspek kehidupan kita..
Justeru..marilah sama2 kita berusaha dan bersungguh-sungguh memupuk dan membina iman di dalam jiwa agar sejahtera daripada dosa dan noda. Iman kita wajib di mantapkan serta di kemaskinikan dari masa ke semasa ke arah yang lebih mantap..ia sangat penting untuk tindakan kita bersama,,kerana,,nafsu dan syaitan tidak pernah untuk berehat daripada menjerat anak adam ke dalam perangkapnya..
Para ulama' menasihatkan bahawa usah sesekali berhasrat dan bercita-cita untuk melakukan dosa..kerna ia akan memusnahkan serta melenyapkan langsung saki baki iman yang ada di dlam jiwa..
seandainya terdetik niat untuk melakukan dosa..khasnya dosa2 besar..maka segera lah beristighfar kepada ALLAH dan mohonlah perlindungan daripada ALLAH...ambillah wuduk, berzikir dan bacalah al-quran..dapat nasihat daripada guru yang soleh serta dekatkan diri dengan teman-teman yang dapat membawa kita menuju syurga ALLAH dan BUKANYA teman yang membawa kita ke neraka ALLAH...
TUNTASNYA..
koreksi diri ini..dekatkanlah diri kita dengan majlis,program atau aktiviti yang boleh menyuburkan dan membina iman kita..bukannya majlis,program atau aktiviti yang membuatkan iman kita melayang sejauh-jauhnya..
ayuh..
binalah iman..agar sejahtera hidup kalian ..
waallahua'lam..
yang baik dari ALLAH..
yang buruk dari diri penulis ini..
Tuesday, October 6, 2009
maybe the last...
BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...
Assalamualaikum kepada yang mentafsir dan membaca di dalam blog ini..
moga rahmat ALLAh sentiasa bersama kalian semua..insyaallah..
emm.tajuk diatass bunyi macam pelik je kan..hehe..
maybe post kali ini ada post yang terakhir sebelum penulis menghadapi SPM..
moga ALLAH mempermudahkan nya..insyaallah..
emm..
ingin penulis memberikan sedikit ape yang telah penulis alami berdasarkan pembacaan penulis..insyaallah..
emm..
"ANGGAP SEMUA DOSA ITU ADALAH BESAR..AGAR RAHMAT-NYA MEMAYUNGI KITA"
ITU lah ia..
dosa yang dilakukan secara terus menerus akan menyeronokkan sang nafsu yang mana misinya serta perjuangannya "sentiasa mengajak kepada kejahatan". Tanpa pagar iman,siang malam manusia rebah dalam pangkuan dosa, lalu akhirnya,tanpa sedar dosa itu terus menimbun...
keasyikan dibuai dosa2 itu menjadikan si pelakunya memandang remeh akan dosa kecil dan noda yang bersarang di dalam hatinya. Apabila situasi sampai ketahap ini, ia sepatutnya dan sewajarnya berasa takut dan bimbang kerana 'ombak' kemusnahan akan menerjah dirinya dari segenap penjuru...
sesungguhnya, semakin kecil dan ringan dosa pada pandangan dan fikiran manusia,maka ia akan semakin membesar di sisi ALLAH..kenapa dan mengapa manusia merasakan dosa2 sebagai kecil dan remeh sahaja...??
jawapannya..kerana impak dosa itu sendiri..
YA..satu dosa yang tidak di tangisi atau di insafi ia akan menumbuhkan pula tangkai2 dosa yang lain..
Manusia juga boleh jadi memandang remeh terhadap dosanya kerana berpunca dari faktor imannya yang malap dan gelap di jiwa...lampu imannya ibarat kehabisan minyak didalam jiwa nya itu semakin menyukarkan perjalannya menuju kepada ALLAH..Lampu hidayah itu,apabila terlepas dari genggaman, akan menjadikan dirinya hilang arah dan panduan umpama belayar di lautan tanpa menggunakan kompas dan rujukan bintang di langit..untuk menuju ke destinasinya..
Segala persepsinya bercampur baur dan bersimpang siur.
A di katakan B, BUJUR dikatakan BULAT, HITAM di katakan PUTIH, BAHKAN...dosa dikatakan sebagai pahala..!!
rentetan itu, soal dosa dan pahala bukan lagi isu besar baginya. saat itu nafsu serah kalah yang menjadi jurucakapnya manakala syaitan pula terus dalam kondisi selesa dalam menjadi mentornya..
inilah yang sering dibimbangi para mukmin dan solehin..pada mereka, kelazatan dan keseronokan dosa bila2 masa boleh menjdaikan pandangan seseorang gelap terhadap ketuhanan, kebenaran, kemuliaan,pembalasan dan keabadian. kebimbangan mukmin itu ada kebenaran dan alasanya. ALLAH adalah tuhan yang maha membolak-balikkan hati sesiapa dan bila2 masa pun,sudah berapa banyak ahli ibadah [yang terpadam cahaya keimanan dan ketakwaan serta hidayanya di dalam jiwa] terlungkup dan tersungkur akhirnya setelah diasak bertubi-tubi oleh gandingan nafsu dan syaitan...?? itu adalah kesudahan perjalan bagi sesetengah ahli ibadah yang hebat2..bagaimana dengan kalian semua..???
Inilah yang cuba di gambarka oleh RASULULLAH dalam sepotong hadis yang di nukilkan oleh ibn mas'ud r.a...yang bermaksud..
"orang mukmin memandang dosanya seolah-olah sebuah gunung yang di bimbanginya akan menghempap keatas dirinya..,manakala orang yang fajir pula memandang dosa tidak lebih dari seekor lalat yang hinggap diatas hidungnya sahaja,lalu ditepisnya begitu,begini, lalu lalat itu pun terbang..."
[RIWAYAT BUKHARI]
TUNTASNYA...
yang sewajarnya, hendaklah kita memandang dan beranggapan bahawa apa yang di katakan dosa itu ,semuanya besar belaka di sisi ALLAH . dengan itu , rahmat dan perlindungan ALLAH di harapkan sentiasa memayungi kita..AMIN..
MUNGKIN itu sahaja dari penulis yang lemah ini..
yang baik dari ALLAH..
yang buruk dari penulis yang lemah ini..
P/s; doakan penulis dan rakan seangkatan dalam menghadapi SPM 09..moga ALLAH memudahkannya..dan penulis memohon maaf andai selama post2 penulis agak pelik..harap di maafi..
