Monday, December 7, 2009

sesuka hati..




BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM..

emm..x da pape untuk penulis kongsikan..

cuma ini sekadar coretan dalam kesempitan..

coretan yang sempat penulis rakamkan selepas beberapa
seketika,,

"tidak perlu mencari teman
secantik balqis..

andai diri tidak sehebat
sulaiman..

mengapa mengharapkan teman
setampan yusuf..

jika kasih tak setulus
zulaikha..

tidak perlu mengharap
teman seteguh ibrahim..

andai diri tidak sekuat
siti hajar..

dan..

mengapa didambakan teman
hidup bak siti khadijah..

kalau diri tidak
sesempurna muhammad..

emm..bimbinglah dirinya
dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..

carilah kebaikan pada
dirinya..

dan
bersyukurlah..

kerna dipertemukan
dengannya..

lalala.."

emm..sekadar coretan selepas
seketika..

hanya dalam keadaan bosan buat coretan

entah mengapa tetiba je nak buat nie..

pelik+terkesima..

waallahualam..

Thursday, December 3, 2009

jom suburkan ia..


BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM..

Assalamualaikum kepada para pembaca yang mentafsir dan mentelaah di blog
ini..

emm..sudah lama rasanya penulis tidak 'post' something..

tp alhamdulillah..dalam masa terluang penulis inilah penulis
menggunakannya untuk memberikan sedikit perkongsian untuk kita YANG BERGELAR
HAMBA-NYA..

emm..

tak banyak penulis ingin membicarakan..tetapi penulis agak
terkesima dengan dunia hari ini di mana..manusia kian hilang arah tujuannya
dan
manusia lupa kepada 3 persoalan utama yang wajib di fikirkan dari
semasa
ke
semasa..

PERSOALANNYA..

1-dari mana datang..??

2-kenapa kita di datangkan..??

3-ke mana kita akan pergi..

itulah persoalannya..emm..bila di lihat kembali kepada titik tolak
asas permasalahan setiap gejala sosial yang berlaku dalam kalangan remaja
adalah
kerna mempunyai IMAN yang lemah dan tidak di suburkan..

emm..

iman bersifat bertambah(ada) ataupun berkurang(lenyap) daripada
hati seseorang menurut amalan yang dilakukannya..

andai kata kita sering melakukan kebaikan..maka imannya semakin
hari akan meningkat dan subur di jiwanya..namun,andai dosa yang sering di
lakukannya tanpa disusuli taubat, maka imannya semakin hari akan semakin
berkurangan bahkan akan dibimbangi akan lenyap daripada jiwa..

adalah satu malapetaka besar andai ALLAH mencabut iman daripada
hati-hati manusia..bayangkan seseorang yang direnggut nyawa saat imannya
tercabut..???

iman adalah harta yang paling berharga..jadi kita seharusnya
menjaganya seperti kita menjaga harta yang kita perolehi di dunia ini
seperti
kereta ,rumah dan sebagainya..bahkan ia wajib di jaga campur di
pelihara dari
segala unsur yang boleh merosakkannya..

kerana itu..

orang2 yang benar2 beriman tersangat bimbang andai iman mereka
berkurangan dan merosot..mereka sangat sayangkan iman mereka..lantas mereka
sangat fokus dan berjuang habis habisan mengadai nyawa untuk
mempertahankanya..

sebaliknya..

orang2 yang fasik tidak pernah memikirkan soal ini..baginya..halal
haram, dosa pahala,iman kufur adalah sama sahaja dari kaca mata pandangan
mereka..

penting untuk kita mengetahui bahawa iman itu,selain boleh
berkurangan..ia juga boleh melayang dan tercabut keluar dengan sebab
berlakunya
dosa-dosa tertentu..

contohnya dosa berzina dan minum arak..rasulullah bersabda..

"barang siapa yang berzina atau minum arak,maka ALLAH akan
mencabut iman daripada hatinya..sebagaimana orang melepaskan (mencabut)
pakaian
melalui kepalanya.."

(riwayat al-hakim)

llihatlah..

betapa sia-sia usaha seseorang yang jahil dan sombong kepada
ALLAH..saki baki imannya yang masih ada,bukan sahaja tidak disuburkan malah
dibiarkan lenyap begitu sahaja..kita sudah tidak cukup masa untuk hidup
sebegini
rupa..

sepatutnya..kita sepatutnya suburkan iman secara berterusan supaya
iman kita tidak tercabut dan melayang daripada jiwa kita//

ayuh kalian..bangkit suburkan iman kalian secara
berterusan..suburkan ia sesubur tanaman hijau seperti gambar diatas..

emm..

itu sahaja dari penulis..

yang baik daripada ALLAH..

yang buruk daripada diri penulis ini..

wallahu'alam..

Saturday, November 7, 2009

sebentar ...

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

fuhh..lama rasanya tak menaip kat blog nie..
almaklum lah..
sibuk sebentar..

tp ALHAMDULILLAH..
dalam kesibukan ini aku penulis tetap mahu mengUPDATE blognya..
untuk kalian yang membaca dan mentafsir di blog yang tak seberapa ini..


emm..

tak banyak yang ingin penulis bicarakan..
cuma..sedikit kata-kata dalam menempuhi hidup ini..


ini lah ia....


"MENGATAKAN DIRI ANDA LEMAH SEBELUM BENAR-BENAR TERBUKTI ANDA LEMAH...
ADALAH KELEMAHAN ANDA YANG PALING LEMAH..."




EMM..
jadi..
kepada semua..jangan mengatakan diri anda adalah lemah..
anda semua adalah tidak lemah..
tetapi..
jika anda semua telah menetapkan dalam FIKIRAN anda..yang anda sememangnya lemah..
maka anda akan lemah untuk selama-lamaya..

remember
kalian semua adalah KHALIFAH ALLAH yang hebat..

wallahu'alam..

Friday, October 9, 2009

binalah ia..









bismillahhirrahmannirrahim..


ASsalamualaikum kepada yang mentafsir dan membaca di blog ini..moga rahmat
ALLAH sentiasa bersama..


emm..seperti yang penulis perkatakan pada post yang lepas mungkin tiada yang
latest post..tp bila penulis memikirkan kembali..benda yang baik tidak harus di
simpan kan..???


jadi penulis mengambil keputusan untuk memberikan benda atau perkara yang
bermanfaat kepada kalian..insyaallah..


"berikanlah manfaat kepada orang lain..walau dengan sepotong
ayat.."


[kata-kata yang pelik dari penulis]



emm..post kali ini..


"BINALAH IMAN AGAR SEJAHTERA DARIPADA DOSA"



iman adalah satu nikmat ALLAH yang bersifat serba guna. Kerana itulah ia menjadi anugerah ALLAH yang paling termahal buat insan yang di kasihinya. Selain menjadi sebab terselamat dari azab ALLAH di akhirat , iman juga menjadi benteng ampuh bagi seorang muslim daripada terjebak melakukan dosa2 kepada ALLAH dan sesama manusia..



tanpa iman, berbagai-bagai kerosakan dan kemusnahan akan berlaku dalam kehidupan manusia di duniaini, lebih2 lagi di akhirat sana. Menyisihkan diri daripada suluhan iman dan hidayah akan menjadikan diri kita akan terdedah kepada segala macam anasir kejahatan dan dosa..



di riwayatkan daripada ABU HURAIRAH r.a...katanya...

"seorang penzina tidak akan berzina jika ketika berada dalam keimanan. seorang pencuri tidak akan mencuri jika ketika itu dia berada dalam keimanan iaitu iman yang sempurna. begitu juga seorang peminum arak tidak akan minum arak jika ketika itu dia berada di dalam keimanan..."

[riwayat bukhari dan muslim]

let we analyse..

berzina , minum arak dan mencuri semuanya tergolong di dalam kategori dosa-dosa besar yang di taja oleh iblis dan syaitan..

Tanpa benteng iman yang kuat dan kukuh serta akidah yang mantap, seseorang itu akan mudah terarah melakukan dosa2 besar, khasnya tiga dosa besar utama yang di sebut di dalam hadis di atas..tanpa iman, seseorang itu akan tergamak untuk melakukan larangan ALLAH tanpa ada rasa takut dan segan silu lagi..seseorang yang berani melakukannya iaitu dosa2 besar..menunjukkan bahawa dadanya benar2 dilanda kemarau iman..

mungkin ada saki baki keimanan di dalam jiwa. namun kerana iman itu tersangatlah lemah dan merosot grafnya , maka ia tidak terdaya untuk berhadapan runtutan nafsu syahwatnya yang bertali arus.. ia akan cepat mengalah dan akhirnya tunduk dengan mudah kepada pujukan syaitan yang sentiasa ke arah kejahatan..

emm..

orang yang beriman dan bertakwa, insyaallah tidak akan termakan pujukan syaitan yang sentiasa menyerunya untuk melakukan larangan ALLAH dan meninggalkan suruhan ALLAH..

orang yang beriman tidak akan terlibat di dalam gejala sosial yang boleh merosakkan maruah diri , keluarga dan agama.. dengan kemuliaan dan barakah imannya itu..ia akan terpelihara dari melakukan perbuatan yang terkeji dan mungkar..

Alangkah indah dan baik andai pendidikan iman dipasakkan dengan sesungguhnya ke dalam jiwa anak2 dari usia remaja mereka..inilah penawar rabbaniah yang kita lupa dan kita sisihkan..kita lebih yakin yang wang ringgit dan kepandaian kita boleh menyelesaikan semua masalah. sebagai hamba yang tersangat lemah ini serta di tambah lagi dengan kejahilan..kita bersikap bodoh sombong dengan ALLAH SWT...

LALU..bertubi-tubi dan bertimpa-timpa 'az-zillah[kehinaan] menjerebukan landskap kehidupan kita.baik rohani mahupun jasmani..

tidakkah ibu bapa dan guru2 serta seluruh masyarakat amat pening dan sakit jiwa dengan percambahan gejala sosial yang kian bejat ini..dan krisis nilai moral yang semakin hari semakin parah persis kanser yang bakal membunuh jati diri ummah..??

paparan dan sajian media saban hari kepada kita membuatkan kita naik jelak mendengarnya..tetapi, itulah rentetan kesan atau natijah akibat kita mengabaikan faktor keimanan dan akidah di dalam setiap aspek kehidupan kita..

Justeru..marilah sama2 kita berusaha dan bersungguh-sungguh memupuk dan membina iman di dalam jiwa agar sejahtera daripada dosa dan noda. Iman kita wajib di mantapkan serta di kemaskinikan dari masa ke semasa ke arah yang lebih mantap..ia sangat penting untuk tindakan kita bersama,,kerana,,nafsu dan syaitan tidak pernah untuk berehat daripada menjerat anak adam ke dalam perangkapnya..

Para ulama' menasihatkan bahawa usah sesekali berhasrat dan bercita-cita untuk melakukan dosa..kerna ia akan memusnahkan serta melenyapkan langsung saki baki iman yang ada di dlam jiwa..

seandainya terdetik niat untuk melakukan dosa..khasnya dosa2 besar..maka segera lah beristighfar kepada ALLAH dan mohonlah perlindungan daripada ALLAH...ambillah wuduk, berzikir dan bacalah al-quran..dapat nasihat daripada guru yang soleh serta dekatkan diri dengan teman-teman yang dapat membawa kita menuju syurga ALLAH dan BUKANYA teman yang membawa kita ke neraka ALLAH...

TUNTASNYA..

koreksi diri ini..dekatkanlah diri kita dengan majlis,program atau aktiviti yang boleh menyuburkan dan membina iman kita..bukannya majlis,program atau aktiviti yang membuatkan iman kita melayang sejauh-jauhnya..

ayuh..

binalah iman..agar sejahtera hidup kalian ..

waallahua'lam..

yang baik dari ALLAH..

yang buruk dari diri penulis ini..

Tuesday, October 6, 2009

maybe the last...

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Assalamualaikum kepada yang mentafsir dan membaca di dalam blog ini..

moga rahmat ALLAh sentiasa bersama kalian semua..insyaallah..

emm.tajuk diatass bunyi macam pelik je kan..hehe..

maybe post kali ini ada post yang terakhir sebelum penulis menghadapi SPM..

moga ALLAH mempermudahkan nya..insyaallah..

emm..

ingin penulis memberikan sedikit ape yang telah penulis alami berdasarkan pembacaan penulis..insyaallah..

emm..

"ANGGAP SEMUA DOSA ITU ADALAH BESAR..AGAR RAHMAT-NYA MEMAYUNGI KITA"

ITU lah ia..

dosa yang dilakukan secara terus menerus akan menyeronokkan sang nafsu yang mana misinya serta perjuangannya "sentiasa mengajak kepada kejahatan". Tanpa pagar iman,siang malam manusia rebah dalam pangkuan dosa, lalu akhirnya,tanpa sedar dosa itu terus menimbun...

keasyikan dibuai dosa2 itu menjadikan si pelakunya memandang remeh akan dosa kecil dan noda yang bersarang di dalam hatinya. Apabila situasi sampai ketahap ini, ia sepatutnya dan sewajarnya berasa takut dan bimbang kerana 'ombak' kemusnahan akan menerjah dirinya dari segenap penjuru...

sesungguhnya, semakin kecil dan ringan dosa pada pandangan dan fikiran manusia,maka ia akan semakin membesar di sisi ALLAH..kenapa dan mengapa manusia merasakan dosa2 sebagai kecil dan remeh sahaja...??

jawapannya..kerana impak dosa itu sendiri..

YA..satu dosa yang tidak di tangisi atau di insafi ia akan menumbuhkan pula tangkai2 dosa yang lain..

Manusia juga boleh jadi memandang remeh terhadap dosanya kerana berpunca dari faktor imannya yang malap dan gelap di jiwa...lampu imannya ibarat kehabisan minyak didalam jiwa nya itu semakin menyukarkan perjalannya menuju kepada ALLAH..Lampu hidayah itu,apabila terlepas dari genggaman, akan menjadikan dirinya hilang arah dan panduan umpama belayar di lautan tanpa menggunakan kompas dan rujukan bintang di langit..untuk menuju ke destinasinya..

Segala persepsinya bercampur baur dan bersimpang siur.

A di katakan B, BUJUR dikatakan BULAT, HITAM di katakan PUTIH, BAHKAN...dosa dikatakan sebagai pahala..!!

rentetan itu, soal dosa dan pahala bukan lagi isu besar baginya. saat itu nafsu serah kalah yang menjadi jurucakapnya manakala syaitan pula terus dalam kondisi selesa dalam menjadi mentornya..

inilah yang sering dibimbangi para mukmin dan solehin..pada mereka, kelazatan dan keseronokan dosa bila2 masa boleh menjdaikan pandangan seseorang gelap terhadap ketuhanan, kebenaran, kemuliaan,pembalasan dan keabadian. kebimbangan mukmin itu ada kebenaran dan alasanya. ALLAH adalah tuhan yang maha membolak-balikkan hati sesiapa dan bila2 masa pun,sudah berapa banyak ahli ibadah [yang terpadam cahaya keimanan dan ketakwaan serta hidayanya di dalam jiwa] terlungkup dan tersungkur akhirnya setelah diasak bertubi-tubi oleh gandingan nafsu dan syaitan...?? itu adalah kesudahan perjalan bagi sesetengah ahli ibadah yang hebat2..bagaimana dengan kalian semua..???

Inilah yang cuba di gambarka oleh RASULULLAH dalam sepotong hadis yang di nukilkan oleh ibn mas'ud r.a...yang bermaksud..

"orang mukmin memandang dosanya seolah-olah sebuah gunung yang di bimbanginya akan menghempap keatas dirinya..,manakala orang yang fajir pula memandang dosa tidak lebih dari seekor lalat yang hinggap diatas hidungnya sahaja,lalu ditepisnya begitu,begini, lalu lalat itu pun terbang..."

[RIWAYAT BUKHARI]

TUNTASNYA...

yang sewajarnya, hendaklah kita memandang dan beranggapan bahawa apa yang di katakan dosa itu ,semuanya besar belaka di sisi ALLAH . dengan itu , rahmat dan perlindungan ALLAH di harapkan sentiasa memayungi kita..AMIN..

MUNGKIN itu sahaja dari penulis yang lemah ini..

yang baik dari ALLAH..

yang buruk dari penulis yang lemah ini..

P/s; doakan penulis dan rakan seangkatan dalam menghadapi SPM 09..moga ALLAH memudahkannya..dan penulis memohon maaf andai selama post2 penulis agak pelik..harap di maafi..

Thursday, September 17, 2009

cinta si afifah


salam semua yang membaca dan mentafsir di ruangan ini..
Naiem merupakan salah seoarang penuntut di UNIVERSITI OF BIRMINGHAM,LONDON...menjadi penuntut dalam bidang perakaunan di sana..kini sudah 2 tahun die menetap disana..di london..naiem lebih suka hidup bersama rakyat london sendiri berbanding hidup dalam jamaah islam itu sendiri..
biasalah kalau kita hidup di bumi orang..lepas itu bergaul terlalu rapat dengan rakyat negara itu..maka budaya mereka akan sikit-sikit akan meresap ke dalam jiwa..lebih-lebih lagi budaya buruk...Naiem ni mempunyai satu sifat..die suka sangat minum arak..maklumlah..hidup bersama teman sebilik yang minum arak juga..memang akan mudah terpengaruh la kan..lebih-lebih naiem tidak mempunyai asas iman dan agama yang kuat..
setiap malam..naiem akan bersama-sama teman2 asingnya akan ke bar untuk minum bersama yang lain..tidak kira lah malam minggu atau malam biasa..dia akan tetap minum bersama rakanya..sampaikan nak makan pun mesti ada arak..tak bleh miss untuk minum arak..
nak di jadikan cerita...selepas tamat semester kedua..akan bermulalah semester ketiga bagi naiem..dan tatkala kakinya melangkah ke kelas untuk semester yang ketiga..dia terpandang seorang gadis yang ayu rupa parasnya..baik budi bahasanya..muslimah dari gayanya...anggun bak bidadari syurga lah katakan...naiem melihat gadis tersebut sehingga terlanggar tiang lampu..akibat terlalu terpesona dengan dengan keayuan gadis tersebut..
mulai dari saat itu..dia bertekad untuk mengenali gadis tersebut..dan akhirnya naiem mengenali gadis tersebut..namanya ANIS AFIFAH..tapi gemar di panggil AFIFAH sahaja...yang lebih menggembirakan naiem ialah..afifah juga belajar dalam bidang yang same dengannya..PERAKAUNAN...cuma afifah adalah junior naiem...tapi itu tidak menghalangnya dari memikat hati si afifah..dan afifah juga berasal dari malaysia..itu lebih mengembirakan naiem..
tetapi sayangnya..afifah mengetahui yang naiem sentiasa suka untuk minum arak..lalu dia tidak menyukainya...di saat itu..naiem mula untuk berubah supaya tidak minum arak lagi demi si afifah..hubungan naiem dan afifah bagaikan pinang di belah dua..persahabatn yang tiada akhirnya..akrab bagai tali yang tidak boleh terbuka ikatanya..
persahabtan mereka telah hampir sebulan terjalin..tetapi..sayang..afifah terpaksa di panggil pulang ke malaysia..lantaran ibunya yang sakit..
pemergian afifah adalah pergi tidak akan kembali..kerana dia terpaksa sambung pelajaranya di malaysia demi menjaga ibunya..pemergian afifah telah meragut hatinya..tatkala afifah pergi dalam hidupnya...naiem sentiasa menangis sambil meratap wajah afifah di dalam gambar yang di simpan naiem..
naiem menangis sambil terkenang memorinya bersama afifah..
suatu hari.."TING TONG"..handphone naiem berbunyi menandakan ada SMS yang masuk..naiem melihat di skrin talefonnya..tertera nama JOHN rakan sebiliknya..lalu naiem menekan butang "read" untuk membaca mesej tersebut....."hei naiem come join us..you have long time don"t drink with us again..come join us..we wil wait you at usuall place..afifah is not here..she going home right..forget her..come join us for drink at bar..we wait you.."
so citer pun tamat kat situ..
agak2 naiem akan kembali tak pada tabiat lamanya itu...???
pada kebiasaanya,bila sesorang yang berada dalam situasi naiem..tidak mustahil untuk naiem balik ketabiat lamanya...kerana naiem berhenti minum arak bukan kerana dia merasakan minum arak itu adalah satu dosa..tetapi kerana AFIFAH...
jadi penulis ingin kaitkan sedikit dengan ramadhan yang kian berakhir ini..jika seseorang itu berhenti melakukan perkara2 jahiliyah di dalam bulan ramadhan demi bulan ramadhan itu sendiri..maka tidak mustahil selepas ramadhan berakhir..insan tersebut akan kembali melalukan kejahilanya itu..kerna brubah di sebabkan ramadhan..tapi selepas ramadhan jadi setan balik..
tetapi..jika seseorang itu menghentikan perkara jahiliyah itu demi mencari MARDHOTILLAH atau REDHA ALLAH..maka sangatlah beruntung dan kejayaan berpihak padanya...
jadi kepada semua..ramadhan kian berlalu..
apakah yang kita dapat dari ramadhan kali ini..???
tepuk dada tanya iman anda..
bukan..
tepuk dada tanya buka puasa nak makan ape...
EPISODE 2 [ SYAWAL]\
SEMPENA HARI RAYA yang kian mendatng ini...
marilah sama-sama kita merenung dan mentafsir sebuah hadith dari rasulullah yang di riwayatkan oleh ANAS BIN MALIK..,berkaitan dengan konsep hari raya...menurutnya..RASULULLAH bersabda..hari raya yang sebenarnya bagi orang beriman ada pada 5 keadaan...
1) setiap hari ia berjalan dan bertemu seorang yang beriman dan tidak melakukan sebarang dosa,maka itulah hari raya baginya...
2)hari keluarnya dari dunia dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan..
3)hari menyeberang titian siratul mustaqim dan selamat dari bncana jatuh kedalam api neraka..
4)hari masuk syurga dengan selamat dan terlepas dari api neraka..
5)hari ia menatap wajah ALLAH Ta'ala...
di kesempatan ini juga,,,,
penulis ingin mengucapkan...
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"
MAAF ZAHIR DAN BATIN
MOGA DI MAAFKAN SEGALA SALAH DAN SILAP PENULIS SELAMA PENULIS BERGIAT DALAM BLOGER INI..
Wallahu'alam
yang baik dari ALLAH..
yang buruk dari penulis..

Friday, September 11, 2009

[ nothing to say just something in the heart]

time drama sempena bulan bahasa dan kemerdekaan..
dalam gambar..nik
faiz,salam,nawawi,athif,mohammad,amir,ibrahim,marwan,hafizan,n4iem..
dalam kenangan..
emm...
seperti tajuk diatas..
nothing to say..
but something in the heart make me to shout out about it..
so,this poem+lyric..
is a gambaran what i want to shout out..
Sekerat akar mampu kuhulur padamu
Di saat dikau terkapai dan kelemasan
Di arus hidup yang tinggal sejengkal cuma
Katamu kau tak bisa berenang ke sana
Engkaulah teman tanpa sangsi dan curiga
Setelah aku mendengar lirih ratapmu
Harumnya sekuntum melati di embunan pagi
Sewaktu kita melewati sebidang tanah perkebunan
Persahabatan
Tersasar aku di dalam mentafsir
Aksara jujur dan ketelusan yang terpamer di wajahmu
Terlalu naïf untuk ku fahami
Metafora puisi dusta dan personafikasi
Sukarnya untuk aku membuktikan
Kebenaran yang berpihak padaku
Kerna peluang langsung tiada padaku
Sedarlah aku erti senyuman
Ada dendam yang tidak pernah padam
Pada lirik matamu ada pedang tajam yang merejam
Ohh….
Terima kasih atas pengalaman itu
Mengajak aku kembali mengenal diri
Terpaksa lagi menyusuri jalan-jalan sepi
Masih bisakah kutemui sekuntum melati mewangi
yang tidak berduri ...

enjoy the meaning..
yang baik dari ALLAH..
yang buruk dari si penulis..
wallahu'alam..

Thursday, September 3, 2009

mungkinkah itu satu realiti..?



salam ramadhan semua..

bisa di mulakan dengan kalam yang indah...

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

fuh..

ramadhan hampir separuh kita lalui..ada lagi hampir separuh untuk
kita lalui..moga ALLAH memberikan lagi kita kekuatan untuk melaluinya..

sibuk ramadhan..

sibuk juga penulis dengan trialnya...sekadar mengisi masa bagi
mengelakkan blog ini menjadi berhabuk yang terlampau..

post kali ini..hanya untuk mengisi segala kekurangan...

penulis membaca e-mail dari seorang sepupu penulis yang kini
menetap sementara di bumi BIRMINGHAM,united kingdom,london..

penulis membaca...

lalu terfikir..betul juga apa yang di baca oleh penulis pada
e-mail tersebut...

pointnya...

"ibu bapa zaman sekarang lebih bimbang jika
anak mereka tidak mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan tetapi tidak
bimbang jika anak mereka tidak tahu membaca AL-QURAN.."

"ibu bapa sanggup memberikan guru tusyen
yang terbaik untuk anaknya..tetapi berkira apabila mahu menghantar anak mereka
untuk pergi mengaji.."

"ibu bapa sanggup memberhentikan anaknya
dari sekolah Agama di waktu petang demi memberi tumpuan untuk anaknya menghadapi
peperiksaan besar di sekolah kebangsaan..."

lantas penulis terfikir...

dulu ibu bapa penulis tidak la seperti apa yang berlaku sekarang
ini..dan ibu bapa penulis menghantar penulis ke sekolah yang seimbang akedemik
dan soal agamanya..

emm..

bukannya penulis mahu mengutuk mana-mana pihak..cuma ingin
memberikan sedikit kesedaran kepada semua..

ibu bapa sekarang lebih mementingkan anaknya lulus dengan
cemerlang dalam peperiksaan berbanding membiarkan anak mereka tidak tahu mengaji
dan membaca AL-QURAN...dan tidak endah akan masalah ini...

sebagai ibu bapa..kita sepatunya memberikan didikan kepada
anak-anak bukan sahaja akedemiknya bahkan didikan agama juga perlu di titik
beratkan dalam kehidupan berkeluarga..

ingin penulis berkongsi sedikit..

ibu penulis merupakan seorang guru di sebuah sekolah di
ampang..dan mengajar pelajar tingkatan tiga dalam bidang pendidikan islam..

suatu hari..penulis mengikuti ibu penulis ke sekolahnya..

dan ketika itu juga ada program yang di buat khas bagi mereka yang
tidak boleh langsung untuk membaca AL-QURAN..

LALU penulis tertanya.."ya ALLAH dah tingkatan 3 masih tidak boleh
mengaji..??"

dalam perjalanan pulang kerumah..ibu penulis memberitahu bahawa
mereka yang ikut serta dalam proram tersebut merupakan antara pelajar harapan
sekolah..

HAH...!!!

terkejut penulis..

ibu bapa pelajar tersebut tidak risau ke..?? pertanyaan untuk ibu
penulis..

waallahu'alam... jawapan si ibu...

nampakkan sedikit gambaran...ibu bapa lebih gembira jika anaknya
lulus cemerlang dalam peperiksaan dan tidak kisah jika anaknya tidak tahu
membaca AL-QURAN dan terbiar tanpa didikan agama yang sepatutnya...

perkara ini tidak seharusnya berlaku..

emmm...

mungkin itu sahaja dari penulis..

tuntasnya..

kepada ibu bapa.. dan bakal yang akan menjadi ibu dan bapa suatu
masa kelak..

jangan biarkan perkara sebegini berlaku dalam institusi keluarga
anda..kalau tidak..meranalah nanti..

yang baik dari ALLAH..

yang buruk dari PENULIS yang selalu melakukan kesilapan...

waallahu'alam..

laman sesawang

Blogger templates